GoPro: Star Trail
Assalamualaikum.. akhirnya, buat jugak star trail.. sebenarnya lama dah nak buat.. cuma tak berkesempatan saja nak buat.. bukan apa, bila rajin nak buat, mula mai langit penuh awan, bila malas buat mai pulak langit cerah siap bintang bersinar di angkasa.. ha.. kali ni dapat langit cerah bersama bintang bersinar di angkasa.. tapi saya cuma buat sekejap saja la ye.. seperti yang anda dapat lihat dalam gambar, saya akan menceritakan bagaimana nak buat jadi macam tu.. tapi, saya tak akan breakdown detail la.. saya bagi cara-cara secara mudah sahaja.. ringkas dan mudah paham.. apa nak cari, apa nak download, tu suma usaha sendiri.. sia-sia ada internet kalau tak reti guna.. ok jom.. Bagaimana nak ambil gambar macam ni? ni soalan feveret semua orang yang bertanya.. pertama sekali, apa yang anda perlu tahu, nak dapat macam ni, kena edit.. apa yang nak edit..?? mula-mula sekali, kita kena merge banyak gambar jadi satu, kemudian edit bagi warna gambar dan bintang kelihatan le