GoPro: Star Trail


Assalamualaikum..
akhirnya, buat jugak star trail.. sebenarnya lama dah nak buat.. cuma tak berkesempatan saja nak buat.. bukan apa, bila rajin nak buat, mula mai langit penuh awan, bila malas buat mai pulak langit cerah siap bintang bersinar di angkasa.. ha.. kali ni dapat langit cerah bersama bintang bersinar di angkasa.. tapi saya cuma buat sekejap saja la ye.. 

seperti yang anda dapat lihat dalam gambar, saya akan menceritakan bagaimana nak buat jadi macam tu.. tapi, saya tak akan breakdown detail la.. saya bagi cara-cara secara mudah sahaja.. ringkas dan mudah paham.. apa nak cari, apa nak download, tu suma usaha sendiri.. sia-sia ada internet kalau tak reti guna.. ok jom..

Bagaimana nak ambil gambar macam ni?

ni soalan feveret semua orang yang bertanya.. pertama sekali, apa yang anda perlu tahu, nak dapat macam ni, kena edit.. apa yang nak edit..?? mula-mula sekali, kita kena merge banyak gambar jadi satu, kemudian edit bagi warna gambar dan bintang kelihatan lebih jelas..

Shoot

mula-mula sekali, seperti biasa, kena shoot dulu la.. untuk nak buat star trail macam ni, kita kena gunakan mode timelapse.. namun begitu, timelapse biasa susah nak dapat cahaya adri bintang.. jadi, kita kena gunakan Night Lapse.. untuk gambar ni, saya gunakan setting seperti berikut:

Multi-Shot Setting:
Shutter : 15 Seconds
Interval : 20 Seconds
Megapixel : 12MP Wide
Spot Meter : OFF
Protune : ON
White Balance : 5500K
Color : GoPro Color
ISO Limit : 100
Sharpness : Low

saya mula ambil gambar dari jam 9:12:28 PM hingga 10:49:48 PM, dan mendapat sebanyak 293 keping gambar.. tapi untuk buat star trail ni, saya hanya gunakan 200 keping gambar saja kerana, lepas dari shot ke 200, awan sudah mula membentuk..

Edit Merge

dah siap shoot, sekarang masa untuk edit jadikan star trail.. untuk edit yakni nak merge 200 keping gambar ni, saya gunakan Adobe Photoshop.. macam mana nak merge, terpulang, buka satu photo, lepas tu load la satu persatu dalam layer baru kat atas dia.. atau boleh cari Script yang saya guna ni "Load Files into Stack".. pakai script ni cepat la sikit, pilih semua gambar tu, kemudian tunggu saja dia load sampai habis.. mana nak cari..?? pi kat File > Scripts > Load Files Into Stack.. "eh, saya punya tak da pun pilihan tu", sila cari script ni sendiri.. saya tak pasti script ni datang sekali dengan Photoshop CC atau tak.. kalau tak da, Google saja..


ok.. dah siap load semua gambar tu, pilih semua layer kecuali layer bawah sekali, atau nak pilih semua pun tak da masalah saya rasa.. dah pilih semua layer, set kan blending mode dia daripada Normal kepada Lighten.. jeng jeng jeng.. siap.. tu saja.. simple ja pun.. nak buat video tutorial, benda semua tulisan kecik, so baik bertulis la.. benda ni simple saja.. dah siap, boleh la save..

Edit Color

seperti biasa, nak bagi cantik gambar saya suka guna Adobe Lightroom.. nak edit guna software atau apps apa pun tak kisah la kan.. janji lawa pada mata anda sudah.. bak kata mat salleh, "beauty lies in the eyes of the beholder"...
ok.. tu saja la kot.. nak buat star trail ni simple saja, cuma nak shoot dan proses saja makan masa.. shoot la yang paling lama pun.. edit sat saja kalau pc/laptop anda boleh handle banyak gambar dalam Photoshop tu.. selamat mencuba semua..

Video

 

 

Penutup

Sekian saja, terima kasih kerana sudi membaca.. diharap agar anda dapat belajar sesuatu yang baru dari post ini.. seperti biasa, ini semua pendapat saya, cadangan saya, buah pikiran saya, dan saya juga ada salah.. ini adalah pendapat peribadi saya serta ilmu-ilmu saya saya pelajari.. apa-apa pun, saya sudi menerima feedback, komen, cadangan dan pandangan dari anda untuk sama-sama kita memperluaskan minda kita disamping meningkatkan ilmu yang ada..
Terima kasih.. Assalamualaikum..

Ulasan