GoPro: Ride To Work Timelapse
Assalamualaikum..
untuk post kali ni, saya sekadar nak berkongsi penggunaan GoPro Sportsman mount.. nak tau lebih lanjut tentang mount ni, sila layari laman sesawang GoPro.com..
GoPro Sportsman mount |
sudah lama saya memilikinya, dari tahun lepas lagi.. tapi baru sekarang nak guna.. sebenarnya, lama dah nak guna, tapi dah simpan dalam toolbox, memang tak ingat la..
maka hari ini saya pun guna la dia.. saja-saja la guna.. buat timelapse dengan mount pada motosikal.. hasil timelapse tu, boleh tengok video diatas la.. untuk video ni, saya rakam dengan menggunakan HERO3+ Black Edition dengan penetapan sela-masa (interval) pada 1sec..
HERO3+ Black Edition, Sportsman dan pivot arm |
seperti yang anda boleh lihat dalam gambar, saya tidak menggunakan backdoor mount yang datang bersama Sportsman mount ini.. saya menggunakan pivot arm kerana untuk menyesuaikan dengan posisi view yang saya mahukan..
berikut merupakan gambar bagaimana saya mount pada motosikal.. dan sudah semestinya saya letak tali la, takut jatuh.. tapi, sportsman mount memang genggam dengan baik..
ini salah satu daripada timelapse photo yang di ambil..
sekian saja, terima kasih kerana sudi membaca.. diharap agar anda dapat belajar sesuatu yang baru dari post ini.. seperti biasa, ini semua pendapat saya, cadangan saya, buah pikiran
saya, dan saya juga ada salah.. ini adalah pendapat peribadi saya serta
ilmu-ilmu saya saya pelajari.. apa-apa pun, saya sudi menerima
feedback, komen, cadangan dan pandangan dari anda untuk sama-sama kita
memperluaskan minda kita disamping meningkatkan ilmu yang ada..
Terima kasih.. Assalamualaikum..
Ulasan
Catat Ulasan