GoPro: Steel Wool Photography

ok, kali ni nak cerita sikit macam mana nak buat steel wool photography ni.. seperti yang anda tahu, saya bukanlah photographer pun, suka-suka main GoPro saja la.. so ni saja la nak kongsi apa yang saya hasil dan cara yang saya buat.. jadi benda ni secara asasnya adalah long exposure photography la jugak, cuma guna benda apa saya nak menghasilkan cahaya dalam gambar tu, sama juga macam light painting, boleh rujuk post ini pasal saya buat light painting dulu..


ok, sekarang citer pasal steel wool.. steel wool ni kata orang, guna hat duk gosok periuk.. jadi, mana nak dapatkan benda ni? ia boleh didapati di kedai runcit, saya beli dengan harga rm1.60 dan mungkin ditempat anda lebih murah.. apa yang kita buat dengan benda ni? kita bako...!!! ya betul.. kita kena bakar dia.. jadi untuk keselamatan dan kawalan yang baik, kita buat la sesuatu untuk pegang dia tu.. jadi apa yang saya tengok dan tanya kawan saya, mereka banyak mencadangkan menggunakan pemukul telur, letak sedikit (agak-agak dalam saiz seketul lemang (aiseh musim raya la katakan)), kemudian ikatkan dengan tali supaya kita boleh pusing kan dia.. sebab apa nak kena pusing? rupanya benda tu tak cepat bakar.. kalau diam ja bakar, dia tak bakar terus pun.. bila kita pusing atau hayunkan dia, kita dah anginkan dia, api akan marak la.. dia akan keluar percikkan api kecil saja, jadi jangan takut, tak bahaya pun pada saya.. cuma jangan la main dalam rumah, sila main di kawasan lapang..

apa yang saya guna adalah seperti berikut, steel wool, pemukul telur dan tali pancing.. bajet tak mahal pun, bawah rm10 la kot.. steel wool rm1.60 beli kat kedai runcit, pemukul telur dan tali pancing tu beli kat kedai Mr.DIY, murah-murah ja..

Tali pancing, pemukul telur & steel wool

berikut merupakan penetapan pada kamera yang saya guna:

Hero4 Black:
Photo : Night Mode
Shutter : 10sec
Megapixel : 12MP
Spot Metering : ON
Protune : ON
White Balance : 5500K
Color : GoPro Color
ISO : 100
Sharpness : Medium 

benda ni memang menarik la untuk dicuba.. banyak kebarangkalian penggunaan boleh dibuat dengan teknik fotografi ni.. jadi, cubalah.. boleh guna kamera Hero4 Silver dan Hero4 Black.. Hero3+ Black Edition dan ke bawah..?? boleh, tapi susah atau tak akan dapat hasil yang baik, dan kena edit.. guna timelapse mode dengan interval 0.5sec, kemudian gunalah perisian seperti Photoshop atau apa-apa perisian atau aplikasi mobile menyunting gambar yang mempunyai feature layer dan blending mode.. boleh buat, tapi banyak keja, dan hasil tidak seperti ini.. 

sekian, terima kasih kerana membaca..

ini antara hasil yang saya dapat..

Gambar asal, tanpa edit



Ulasan