GoPro: Light Painting

ok.. sebenarnya dah lama nak taip pasal light painting ni.. tapi masih belum puas hati dengan sumber cahaya yang saya ada.. baru-baru ni saya dah beli LED strip pendek dan hasil agak memuaskan.. oh ya, kepada pengguna GoPro edisi bukan Hero4, saya mintak maaf, ini hanya untuk Hero4 sahaja, Black dan Silver.. 

** ada beberapa HACK yang boleh menjadikan Hero3 boleh ambil long exposure, long shutter, light painting ni, cari sendiri.. sendiri buat, sendiri tanggung.. **

ok, nak tahu apa benda light painting ni, boleh google kot.. dia ni merupakan salah satu teknik fotografi la.. saya kurang arif bab-bab teori ni.. sekadar buat saja, tahu la.. secara asasnya, nak dapat benda ni, adalah dengan membuka shutter kamera dengan lebih lama dari mengambil gambar biasa.. boleh juga dibuat dengan DSLR dan juga telefon pintar dengan aplikasi kamera yang mempunyai kawalan shutter.. biasanya orang panggil long exposure atau long shutter la.. tapi kali ni sebab kita nak lukis benda guna cahaya kan, jadi lukis guna cahaya ni memang dipanggil light painting la..

semasa shutter dibuka, segala objek atau scene yang bercahaya atau terkena pantulan cahaya akan di "rekod" kan dalam sekeping gambar.. jadi jika ia dilakukan ditempat cerah, contoh ditepi pantai dengan matahari terang benderang menyinari alam ini, maka anda akan mendapat sekeping gambar putih ibarat kertas A4..

berikut merupakan penetapan penuh yang saya gunakan:
  • Photo : Night mode
  • Shutter : bergantung pada berapa banyak nak lukis ** Lihat Nota **
  • Megapixel : 12MP
  • Spot Meter : OFF
  • Protune : ON
  • White Balance : 5500K
  • Color : GoPro Color
  • ISO :  Bergantung pada kecerahan yang anda mahu ** Lihat Nota **
  • Sharpness : Medium
  • EV Comp : N/A
Nota: 
penetapan yang paling penting untuk mendapatkan light painting adalah Shutter dan ISO.. apa yang penting adalah nilai Shutter, ISO akan bantu anda untuk cerahkan gambar, tapi ingat, makin tinggi nilai ISO, makin banyak noise pada gambar.. jadi amatlah digalakkan anda menggunakan nilai ISO terendah..

perkara pertama yang perlu anda tetapkan adalah Shutter.. pastikan masa yang anda perlukan untuk nak lukis sesuatu adalah mencukupi.. seperti yang saya nyatakan di atas, ISO bergantung pada kecerahan yang anda mahu.. sebagai contoh saya buat seperti dalam Gambar 1 di bawah, pada mulanya, saya menetapkan pada nilai Shutter 30sec dan ISO 100, akan tetapi warnanya kurang menyerlah dan masih agak gelap.. jadi apa yang saya buat, saya tingkatkan nilai ISO supaya ia lebih sensitif kepada cahaya.. dan apabila saya membuat penetapan Shutter 30sec dan ISO 800, Gambar 1 terhasil dan ia lebih baik dari gambar sebelum itu.. 

secara asasnya, saya selalu guna konsep berikut: 
  1. guna ISO terendah
  2. kalau masih gelap, tambah nilai Shutter dahulu
  3. jika lepas tambah jadi terlalu cerah, turunkan nilai Shutter kepada sebelumnya, dan tambah nilai ISO pula
tips semasa membuat light painting:
  • buat di tempat gelap..
  • amat digalakkan mengunakan tripod / 3-way / letak di mana-mana yang stabil, dan pastikan kamera tidak bergoyang..
  • gunakan apa-apa sumber cahaya seperti lampu suluh, skrin telefon, dan lain..
  • semasa membuat light painting, pastikan anda berada di belakang sumber cahaya tersebut.. 
  • guna Remote atau GoPro Apps untuk kawal kamera anda..

Gambar 1 : Shutter : 30sec | ISO : 800
Gambar 2 : Shutter : 30sec | ISO : 100
Gambar 3 : Shutter : 5sec | ISO : 100

Ulasan