Peralatan Baru

Beberapa hari lepas (Ahad, 7 September 2014) aku beli satu peralatan baru untuk mengambil gambar dan video bagi menggantikan penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note II. Bukan sebab Note II aku rosak, cuma sebab aku memang nak satu gadget asing untuk tujuan ambil video dan gambar. Setelah lama membuat pemerhatian, GoPro Hero 3+ Black Edition menjadi tangkapan aku. 

Tujuan utama aku pilih GoPro dan bukan DSLR adalah sbb pergerakan aku ke mana-mana. Sekarang aku bergerak dengan motosikal sahaja. Jadi senang nak bawa GoPro berbanding DSLR.
Antara sebab lain, ia mudah digunakan, kalis air (dengan penggunaan perumah kalis air), mampu merakam video sehingga saiz resolusi 4K (walaupun hanya 15/12fps), lensa bersudut lebar dan banyak lagi.
Jadi, mulai sekarang aku akan mula dan cuba merakam video dan mengambil gambar dengan menggunakan GoPro. Kemudian akan mula belajar dengan melihat hasil kerja oleh otai-otai dari kumpulan di Facebook, GoPro Malaysia. Aku juga telah mendaftar dan mendapat ID untuk kumpulan berkenaan, #GoPro2372.
Banyak benda nak dipelajari, banyak perkara nak dikaji, banyak masa nak digunakan untuk belajar benda baru ni.

> GoPro Hero 3+ Black Edition
> GoPro 3-Way (Grip | Arm | Tripod)
>  SanDisk Ultra 32GB 30Mbps (2 Unit)

Ulasan