Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gopromalaysia

GoPro: Vape Smoke In Slow Motion

Imej
Satu lagi video slow motion yang diambil malam tadi.. kali ni buat video hitam putih pulak.. saja la.. nak bagi asap tu nampak dengan lebih menarik, dan saja dan test LUT hitam putih ni.. ada 3 footage dalam video ni.. footage pertama dan kedua menggunakan penetapan yang sama, iaitu 2.7k-60fps (ini merupakan penetapan selalu yang saya guna) dan footage ketiga menggunakan 1080p-120fps.. disebabkan saya telah menggunakan framerate yang tinggi, jadi video ini agak gelap.. dan apabila saya cerahkan semasa proses suntingan, telah ada noise pada video.. tapi tak mengapa, agak ok la, nampak macam video zaman dulu, zaman hitam putih.. semua video itu telah diletakkan pada timeline 1080p-24fps.. jadi saya dapat memperlahankan video pertama dan kedua kepada 40% (bersamaan 2.5 kali ganda perlahan) kelajuan main-balik, manakala video ketiga pada 20% (bersamaan 5 kali ganda perlahan) kelajuan main-balik.. hasil amat memuaskan, tetapi agak gelap.. saya mungkin akan buat l...

Kemaskini: Peralatan Baru

Imej
Sudah sebulan aku beli GoPro Hero 3+ Black Edition. Sampai sekarang aku berpuas hati dengan hasil video dan gambar yang dihasilkan oleh kamera aksi ini. Walaupun dengan kehadiran model baru iaitu GoPro Hero 4, aku masih tetap memilih model Hero 3+ Black Edition. Ini kerana aku tidak memerlukan rakaman video resolusi 4K. Video 4K terlalu besar dan komputer riba aku tidak dapat untuk melakukan rendering dengan pastas kerana ia memerlukan spesifikasi komputer yang lebih baik. Maklumlah, komputer riba aku sudah berusia 4 tahun. Inilah semua perlatan selepas dinyah kotak.

Peralatan Baru

Imej
Beberapa hari lepas (Ahad, 7 September 2014) aku beli satu peralatan baru untuk mengambil gambar dan video bagi menggantikan penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note II . Bukan sebab Note II aku rosak, cuma sebab aku memang nak satu gadget asing untuk tujuan ambil video dan gambar. Setelah lama membuat pemerhatian, GoPro Hero 3+ Black Edition menjadi tangkapan aku.  Tujuan utama aku pilih GoPro dan bukan DSLR adalah sbb pergerakan aku ke mana-mana. Sekarang aku bergerak dengan motosikal sahaja. Jadi senang nak bawa GoPro berbanding DSLR . Antara sebab lain, ia mudah digunakan , kalis air (dengan penggunaan perumah kalis air), mampu merakam video sehingga saiz resolusi 4K (walaupun hanya 15/12fps), lensa bersudut lebar dan banyak lagi. Jadi, mulai sekarang aku akan mula dan cuba merakam video dan mengambil gambar dengan menggunakan GoPro . Kemudian akan mula belajar dengan melihat hasil kerja oleh otai-otai dari kumpulan di Facebook , GoPro Malaysia . Aku juga te...