Catatan

Video Intro GoPro Malaysia (GPM)

Imej
Kepada yang sudah tengok video saya ni, pasti dah dapat tahu yang saya telah menyiapkan satu video intro untuk GoPro Malaysia (GPM). Memandangkan video intro tersebut hanya mengambil masa tidak sampai 5minit untuk disiapkan, saya akan benarkan video intro ini digunakan oleh semua, hehe. sebelum ini saya sudah membuat satu video intro menggunakan logo sahaja, tetapi entah ke mana menghilang projek video tersebut. tetapi kali ini saya membuatkan kembali video intro baru, mengikut style asal intro oleh GoPro yang sebelum ini. Jika anda perasan, intro video GoPro yang terbaru lebih simple dan tidak mempunyai gambar flagship kameranya lagi, hanya logo baru yang simple dan effect fade-in sahaja. untuk dapatkan video intro sebegitu amatlah mudah, hanya perlu muat-turun gambar logo baru GoPro, dan buat fade-in sahaja. sekarang saya sekadar berkongsi video intro untuk GPM. Anda boleh gunakan video intro ini untuk video-video anda. Selamat berkarya dan membuat video. Muat-turun:...

GoPro Creative Tips

Imej
Assalamualaikum, apa khabar? Lama jugak tak buat perkongsian ilmiah ni. Ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan kali ini berkenaan bagaimana untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari kamera GoPro anda. Tips ini saya ambil dari lama sesawang GoPro juga, cuma saya ingin kongsikan disini sahaja. Creative Tips 1. Pastikan Lens Sentiasa Bersih Ini merupakan perkara paling remeh dan paling senang kita lupa. Sebelum mengambil gambar, pastikan anda lap lens atau housing GoPro terlebih dahulu kerana lens dan housing amat mudah melekat dengan cop jari, habuk, dan lain-lain. Untuk aktiviti air, anda boleh jilat lens pada housing dan tunggu ia kering sebelum masukkan ke dalam air, ini trik paling mudah la. Anda juga boleh menggunakan Rain-X yang boleh didapati dipasaran. 2. Pilih Pencahayaan Yang Baik Menurut pendapat pihak GoPro, terdapat dua waktu pencahayaan terbaik iaitu awal pagi dan lewat tengahari. Kalau boleh. elakkan cuaca berawan yang menutupi langit. Ini akan membuatkan gamb...

Pendapat awal: GoPro HERO5 Black

: : GoPro HERO5 Black : : Pendapat awal: 1. Rupanya masih hanya 4K-30fps video yg sama seperti HERO4 Black. Tapi tak tau la kot boleh buat 60fps dan keatas, kalau boleh, baru la ada improvement dalam video, kalau tak memang sama ja la dengan HERO4. 2. Ada digital image stabilization, baik untuk stabilkan video handheld, tapi tu pun bukannya sambil berlari. 3. Body dia buat macam HERO yg entry level tu, waterproof out of the box, tak perlu housing apa semua. 4. Ada touchscreen kat belakang. So far, itu saja kot. Kalau ikut penggunaan saya: 1. Syukur dapat memiliki HERO4 Black sebab pun sama ja dengan HERO5 Black boleh buat 4K-30fps. Itu pun, saya sangat jarang guna 4K sebab size file yg besar dan memakan masa utk edit dan export video tu. 2. Saya banyak shoot on stabil form, yakni guna tripod dan 3-Way, jadi terperlu pun image stabilization tu. Kalau ride naik moto pun,so far ok ja footage. 3. Body dia macam mana pun saya tak kisah, saya sendiri jara...

GoPro: Ulasan HERO4 Black & Silver Firmware Update Version 4.0 *Draft*

Imej
**Post ini masih belum habis ditulis. Sila kembali lagi untuk melihat sambungan yang entah bila saya akan sambung tulis. Terima kasih.** Kepada yang masih belum update firmware GoPro HERO4 Black dan Silver kepada v04.00.00 , anda boleh berbuat demikian di laman web GoPro atau melalui aplikasi mobile. Saya tidak mahu bercerita panjang berkenaan update ini, anda boleh lihat sendiri di dibawah ini:   Saya akan cuba untuk menyentuh bab Video, memandangkan saya suka shoot video, dan update kali ini lebih banyak menambahbaik fungsi dalam mode Video. Seperti yang anda boleh lihat didalam senarai di atas, penambahbaikan dalam mode Video adalah: Shutter Speed (Menu: Manual Exposure) White Balance (Menu: White Balance) ISO Range (Menu: ISO Limit dan ISO Mode) Anda boleh lihat sendiri didalam Setting kamera anda selepas update. Harus diingat, mode ini akan tersedia hanya jika anda membuka ProTune. Menu: Manual Exposure **lupa screenshot, nanti saya letak** ...

GoPro HERO5 ?

Imej
dengar cerita, ini adalah GoPro HERO5, betul ka.?

GoPro: GoPro Color vs Flat Color

Imej
GoPro menyediakan dua penetapan pilihan warna pada video yang dirakam iaitu, GoPro Color dan Flat Color. GoPro Color ialah warna standard yang akan anda dapat terus dari kamera, ada saturation, contrast dan warna yang baik yang telah ditetapkan oleh GoPro. Flat Color pula merupakan warna yang lebih neutral dan warna akan pudar. Flat Color hanya perlu digunakan jika anda mempunyai pengalaman dalam color correcting atau jika anda ingin menggabungkan video dari GoPro dengan video dari kemere lain semasa proses editing. Salah satu kelebihan menggunakan Flat Color ini adalah ia dapat menyimpan lebih banyak data dalam kawasan highlight pada video dan juga mencerahkan bahagian shadow.. Saya secara peribadi, menggunakan Flat Color, ini kerana saya minat dan suka untuk membuat color adjustment pada video. Saya lebih suka video saya kelihatan ala-ala cinematic gitu, hahaha. jadi saya selalu menggunakan Flat Color dan saya akan buat color grading dengan menggunakan FilmConvert atau Lumetri (...

GoPro: Mounts for Biker

Imej
Assalamualaikum..   saya sebenarnya dah lama nak tulis benda ni.. tapi macam biasa, buat itu ini, lupa dan tertinggal.. post kali ini adalah ditujakan kepada pengguna motorsikal, bikers la.. ini sekadar perkongsian tentang penggunaan saya.. anda mungkin mempunyai cara dan penggunaan yang berbeza dengan saya.. jadi untuk post ini, saya nak berkongsi aksesori yang saya gunakan untuk merakam video atau photo semasa menunggang motosikal..   GoPro Chesty pada pendapat saya, chesty merupakan salah satu aksesori yang wajib la untuk biker miliki.. view yang akan anda dapat dari menggunakan chesty amat menarik, dan akan memberi sedikit perasaan immersive kepada penonton video.. selain itu, video akan kelihatan lebih stabil kerana badan kita tidak banyak bergerak jika hendak dibandingkan dengan mount pada helmet, dimana biker akan sering kali menoleh ke kiri dan kanan.. berikut merupakan contoh video saya yang menggunakan chesty.. GoPro Sticky Mount dan Pivot Arm ...