GoPro: Ulasan HERO4 Black & Silver Firmware Update Version 4.0 *Draft*
**Post ini masih belum habis ditulis. Sila kembali lagi untuk melihat sambungan yang entah bila saya akan sambung tulis. Terima kasih.**
Kepada yang masih belum update firmware GoPro HERO4 Black dan Silver kepada v04.00.00, anda boleh berbuat demikian di laman web GoPro atau melalui aplikasi mobile. Saya tidak mahu bercerita panjang berkenaan update ini, anda boleh lihat sendiri di dibawah ini:
Saya akan cuba untuk menyentuh bab Video, memandangkan saya suka shoot video, dan update kali ini lebih banyak menambahbaik fungsi dalam mode Video.
Seperti yang anda boleh lihat didalam senarai di atas, penambahbaikan dalam mode Video adalah:
- Shutter Speed (Menu: Manual Exposure)
- White Balance (Menu: White Balance)
- ISO Range (Menu: ISO Limit dan ISO Mode)
Anda boleh lihat sendiri didalam Setting kamera anda selepas update. Harus diingat, mode ini akan tersedia hanya jika anda membuka ProTune.
Menu: Manual Exposure
**lupa screenshot, nanti saya letak**
Terdapat beberapa pilihan Shutter Speed. Jika anda tidak tahu apa itu Shutter Speed, sila Google, saya sendiri tak mahir dalam perkara ini. Secara asasnya, ia adalah nilai saat. kalau lihat Long Exposure dalam mode Night Photo, kita ada 2sec, 5sec, 10sec dan lain-lain, bermakna shutter buka lebih lama menyebabkan gambar menjadi semakin cerah.
Untuk video sama juga, cuma terbalik. Kita ada Shuttter 1/24 saat, 1/48saat, 1/96 saat, dan lain-lain. anda kena faham, nilai ini adalah 1/24 (1 per 24) saat, iaitu bersamaan dengan 0.04saat, begitu juga 1/48 (1 per 48) saat, iaitu bersamaan dengan 0.021saat. Ini bermakna, semakin tinggi nilai bawah 1 per itu, semakin cepat shutter ditutup.
Untuk memudahkan anda memilih Shutter Speed, kita anggap begini, makin
tinggi nilai bawah 1 per, semakin gelap video.. dan juga semakin rendah
nilai bawah 1 per itu, semakin cerah video.. Senang..
Terdapat pelbagai pilihan Shutter Speed, ia berbeza pada setiap mode Resolution dan FPS. Anda boleh lihat sendiri didalam setting kamera anda.
**lupa screenshot, nanti saya letak**
Anda boleh lihat perbezaan penggunaan Shutter Speed dibawah:
Manual Exposure: 1/96 |
Manual Exposure: 1/48 |
Manual Exposure: 1/24 |
Manual Exposure: Auto |
Untuk pilihan menu ini, saya sarankan anda guna saja pada nilai Auto jika anda tidak ada tujuan spesifik untuk mendapatkan hasil video yang anda mahukan. Apa maksud saya? nanti saya akan buat satu video eksperimen tentang dimana penggunaan terbaik Shutter Speed ini.
*Eksperimen Shutter Speed akan ditambah*
Menu: White Balance
PIlihan untuk nilai White Balance telah ditambah. untuk penerangan mengenai White Balance, anda boleh rujuk post saya sebelum ini. Secara asasnya, White Balance: Auto adalah terbaik jika anda mahukan hasil yang baik.
Menu: ISO Limit dan ISO Mode
** belum buat eksperimen
Ulasan
Catat Ulasan