GoPro: Setting-On-The-Go V4 | 2019

Awal tahun 2019, saya ingin kongsikan setting yang saya gunakan pada kamera GoPro saya. Anda boleh rujuk post yang lama untuk melihat setting yang sebelum ini.

ok, berikut merupakan penetapan yang saya gunakan sekarang:

Video :
Resolution : 2.7K
FPS : 60
FOV : Wide
Low Light : N/A
Spot Meter : OFF
Protune : ON
White Balance : Auto
Color : GoPro Color
ISO Limit : 800 (pencahayaan cerah) dan 3200 atau 6400 (waktu malam)
Sharpness : Low
EV Comp : 0, -0.5 atau -1 (jika terlalu terang pada waktu siang) 

Photo - Mode: Single :
Resolution : 12MP
Spot Meter : OFF
Protune : ON
White Balance : Auto
Color :GoPro Color
ISO Limit : 400
Sharpness : Medium
EV Comp : 0, -0.5 atau -1 **Ikut keadaan pencahayaan**

Photo - Mode: Night:
Shutter : Auto **Ikut keadaan pencahayaan**
Resolution : 12MP W
Spot Meter : OFF
Protune : ON
White Balance : 5500K
Color : GoPro Color
ISO Limit : 100 **Ikut keadaan pencahayaan**
Sharpness : Medium
EV Comp : N/A 

Nota:
2.7K - saya kembali menggunakan 2.7K berbanding menggunakan 1080p kerana YouTube sudah mula tukar compression format mereka. Yang upload 1080p dia akan compress tinggi menyebabkan video menjadi lebih rendah quality menggunakan format codec AVC. Memandangkan Youtube sudah mula support resolution yang tinggi seperti 8K, jadi untuk video yang mempunyai resolution 1440p dan keatas sahaja akan menggunakan codec baru, iaitu codec VP09. Playback quality dengan codec VP09 adalah lebih baik dari AVC. Jadi buat masa sekarang, saya dapat lihat, cara untuk dapatkan playback dengan format VP09 ini, hanya dengan upload pada minimum 1440p sahaja. Sebab itu sekarang saya menggunakan 2.7K pulak untuk mendapatkan quality playback yg lebih baik. Lihat perbezaan quality pada screenhot dibawah.

Codec: AVC 
Codec: VP09

FOV Wide
- Saya tidak dapat menggunakan FOV Linear kegemaran saya lagi kerana 2.7K hanya support Wide dan Medium sahaja.Jadi saya akan kembali guna Wide FOV.

60fps - ini perubahan yang telah saya buat.. dulu saya hanya menggunakan 24fps.. sekarang saya tetapkan terus kepada 60fps.. akan tetapi saya masih akan render pada 24fps.. saya terus tetapkan pada 60fps, supaya senang saya hendak membuat video perlahan semasa proses suntingan.. terus rakam pada framerate tinggi, dan saya tidak perlu mengubah penetapan ini lagi.

Shutter & ISO Limit - Untuk gambar waktu malam, guna Auto sahaja, jika masih gelap, tingkatkan nilai ISO.. saya selalu akan limitkan ISO kepada 200 atau 400 sahaja, kerana makin tinggi ISO, makin banyak noise.. selalunya saya akan tetapkan nilai ISO pada 100 dan Shutter AUTO untuk shot biasa pada waktu malam di kawasan berlampu, contohnya pesta, kedai makan.. makin tinggi nilai shutter, makin lama kamera akan ambil masa untuk ambil gambar dan segala pergerakan akan menjadi blur.. jadi untuk shot waktu malam, pastikan kamera stabil, atau guna tripod, gopro 3-way, letak kat mana-mana, dan lain-lain.. jika nak buat light painting gunakan nilai shutter yang lebih tinggi supaya sempat paint dan pastikan berada di tempat gelap.

Ulasan