GoPro Awards

Lama betul tak post apa-apa kat blog ni. Kali terakhir post adalah pada bulan 6 tahun ini. Jadi untuk tahun ini cuma ada 2 post saja. Haha. Maaf la ye kepada yang sudi membaca blog saya ini. Dalam tahun ini saya banyak focus hal sendiri, tapi saya juga masih terus belajar pasal GoPro ini.
 
Alhamdulillah, ini kali kedua saya dapat GoPro Awards. Ramai PM untuk bertanya saya mengenai apa itu GoPro Awards. Nak tahu lebih lanjut anda boleh terus ke laman web GoPro, tengok dalam tab Watch > GoPro Awards. 
 
 
Basically, ni merupakan macam satu reward program dari GoPro la. Dimana mereka bagi penghargaan dan hadiah kepada pengguna product mereka. Apa yang mereka mahu, mudah saja.

1. Capture: keluar dan shoot saja apa yang anda suka.
2. Submit: anda boleh submit photo, raw video dan video edit. (Conten)
3. Receive Awards + Promotion: mereka akan bagi awards dalam bentuk promosi media, barang GoPro dan juga duit.
4. Repeat: ya, sila repeat. Boleh menang banyak kali.

Sekarang saya cerita sikit pengalaman saya. Saya kerap kali jugak upload gambar ke program ni. Dan alhamdulillah dapat merasa sekali awards. Gambar yang saya menang tu adalah salah satu dari gambar di Cameron Highland, semasa honeymoon. Saya buat shoot photo ikut konsep #followmeto yang dipopularkan oleh Murad Osman. Untuk itu, saya memenangi 500 USD, namun begitu, sebab saya bukan warga negara US, dikenakan cukai 30%, jadi saya cuma terima 350 USD. Masuk dalam bank lepas tukaran, saya dapat lebih kurang RM 1,381.25.
25/08/2016

Tapi untuk kali kedua ini saya hanya mendapat 250USD. Sempoi apa, gambar sekeping, mereka reward banyak tu. Pada masa saya menulis post blog ini, saya belum menerima bayaran hadiah saya lagi. Masih menunggu. Hehe.
22/12/2017

Dan ya betul bukan senang nak dapat. Lepas dari pada tu saya makin mula semangat la untuk terus upload. Kadang2 tu upload gambar2 yang tak menarik pun ada. Selain daei mereka bagi direct reward cash, mereka juga ada bagi dalam bentuk discount code untuk kita membeli dari web mereka. Dulu saya pernah dapat 3 code rasanya, tapi burn macam tu saja la sebab tak membeli.

Apa yang saya nampak masa tu, dia ada beberapa stage dalam pemilihan dia, flow dia lebih kurang macam ni:

1. Upload content.
2. Kalau gambar kita menarik perhatian mereka, mereka akan hantar email dan bagitau mereka suka content kita tu, dan terpilih untuk dicalonkan dalam GoPro Awards.
3. Lepas tu, kalau menang awards, dia akan bagi cash awards.
4. Namun begitu, kalau kalau kita tak menang cash awards tu, biasanya dia akan bagi discount code up to 30% of membeli di laman web mereka.

Lepas dari tu, saya sentiasa upload best content yang saya ada. Lama kelamaan saya mula nampak dan faham sikit, content apa yang mereka mahukan. Jadi saya nak share sikit apa yang saya nampak sekarang. Rajinkan diri anda untuk tengok media social mereka dari situ anda boleh tengok dan belajar banyak tentang content apa yang mereka mahukan.

Tips dan hasil pengamatan personal dari saya:
1. Jangan ada terlalu banyak muka orang dalam 1 gambar tu. Sebab susah/leceh untuk mereka anda untuk clear "consent and release" dan sign document. Pastikan muka2 dalam gambar anda tu, adalah ahli keluarga atau kenalan rapat, supaya senang untuk anda buat urusan itu.
2. Elakkan ada logo/branding dalam gambar anda. Sebab mereka pun mesti la tak mahu promote product lain dan juga takut kena claim dari pihak lain.
3. ‎Cuba upload gambar ikut tema holiday macam halloween, krismas, new year dan lain2.
4. ‎Tema yang popular sekarang, travel dan family. Jadi anda boleh cuba focus tema tu, sebab tu yang paling senang nak create content. Pergi jalan2, bawa kamera dan shoot.

Itu saja la kot untuk post panjang kali ni. Saja nak buat perkongsian sikit. I'm sharing this out of love for the product and the company. Dan juga atas dasar suka berkongsi kepada orang ramai. Semoga membantu, selamat maju jaya.

Ulasan