Light Painting Android Apps (v1.07) (Update 21/01/16)

Menu Utama

Assalamualaikum..
akhirnya, buat juga apps ini.. inilah apps light painting yang saya buat dan gunakan sendiri selama ini.. akan tetapi apps versi ini telah melalui banyak proses penambahbaikan yang saya telah jalani bersama rakan baik saya dan alter-ego saya sendiri.. 

namun begitu, apps ini masih berada dalam peringkat beta testing saja.. bukan full release lagi.. sebab ada dua menu belum buat, iaitu menu "Pengenalan" dan "Penetapan GoPro".. ini kerana saya tidak tahu nak tulis apa lagi, dan saya akan sedikit tutorial ringkas didalam menu "Penetapan GoPro" itu nanti.. nanti-nanti la.. cuba la guna dulu.. jadi buat masa ini, hanya menu "Light Painting" dan menu "Tentang Aplikasi" sahaja yang berfungsi..
oh ya, maaf, apps tak cantik.. buat simple saja ni.. benda saja eksperimen..

Antaramuka

ok, sekarang saya cerita sedikit tentang penggunaan apps ini.. dah buka nanti, masuk dalam menu "Light Painting" dan akan keluar menu ini..

Menu Mode Warna

ok.. dalam ni ada 8 menu.. menu "7 Warna" tu akan kitar 7 warna yang terlah dinyatakan didalam menu diatas.. kitaran 7 warna dalam masa 7saat.. jadi 1 warna akan dipapaparkan dalam masa 1saat la.. jadi nak buat long exposure dan light painting guna apps ni, kena la set shutter 7saat dan ke atas.. kalau guna GoPro, dah semestinya kena guna 10sec la, baru nampak dia kitar semua warna.. setiap warna akan di-blend semasa penukaran warna.. jadi, tak ada la penukaran secara tiba-tiba..

yang lain tu hanya akan paparkan satu warna sahaja.. mana tahu anda nak buat warna merah saja ka, biru saja ka.. jadi, boleh pilih warna individu tu.. 

ini merupakan paparan selepas memilih mode warna..

Light painting

pada mulanya, saya dah buat bagi warna tu dipaparkan pada keseluruhan skrin.. tetapi, bincang punya bincang, debat punya debat, bertikam keyboard, saya buat bentuk bulat ni la.. kenapa? nanti la cerita..

Navigasi

ok, sekarang cerita pasal macam mana nak navigate dalam apps ni.. mudah ja.. lepas pilih warna, dia akan load la warna dalam bulat tu.. dalam masa tu, kalau sentuh skrin, warna akan hilang, sentuh balik, warna akan load balik.. jadi fungsi sentuh skrin tu adalah untuk nak pause warna tu dari dipaparkan.. jadi boleh lah guna untuk pause selepas satu-satu perkataan tu ditulis.. pastu kalau nak kembali ke menu pilihan warna tu, tekan back pada fon, back button tu la.. tu saja.. dah buka nanti, pandai-pandai la main dan kaji..

**tujuan buat bentuk bulat supaya anda akan dapat like yang smooth la.. dan boleh la tekan kat warna hitam tu bila nak pause warna tu..**

Soalan Yang Bakal Ditanya, Ini Jawapan Saya

Soalan : kenapa Android saja? kenapa tak buat untuk IOS sekali?
Jawapan : sebab nak buat suka-suka macam ni, untuk publish jadi Android apps free saja, tak perlu bayar.. tapi kalau nak buat suka-suka sekalipun, untuk publish ke IOS apps, kena beli developer punya certificate dan provisioning profile la apa bagai.. mahal satu hal.. aku nak buat benda free ja, tapi Apple ni jenis cekik duit orang.. hampa beli ka apps kat App Store tu..? atau hampa Jailbreak ja? kuang 3x..

Soalan : boleh tak buat bagi boleh pilih warna yang kita nak saja?
Jawapan : boleh, boleh belah.. tak la.. tu makan masa nak buat.. doakan saya diberi kekuatan untuk buat mode piihan warna tu..

Soalan : apps ni free ka kena bayar?
Jawapan : free la..

Soalan : macam mana nak set GoPro kita untuk buat light painting?
Jawapan : sila rujuk post ini:
http://zufairi.blogspot.my/2015/04/gopro-light-painting.html

Soalan :  napa apps tu letak nama hang?
Jawapan : pasai ni apps aku, bukan apps hang.. ni masih alm beta testing, nanti aku akan buat elok2 la..

Penutup

Sekian saja, terima kasih kerana sudi membaca.. diharap agar anda dapat belajar sesuatu yang baru dari post ini.. seperti biasa, ini semua pendapat saya, cadangan saya, buah pikiran saya, dan saya juga ada salah.. ini adalah pendapat peribadi saya serta ilmu-ilmu saya saya pelajari.. apa-apa pun, saya sudi menerima feedback, komen, cadangan dan pandangan dari anda untuk sama-sama kita memperluaskan minda kita disamping meningkatkan ilmu yang ada..
Terima kasih.. Assalamualaikum..

Hasil dari guna app versi sebelum ini
gambar diatas ni hasil guna apps yang saya buat ni la.. tapi ni masih guna yang warna fullscreen..

Ulasan