GoPro: Ulasan HERO4 Black & Silver Firmware Update Version 3.0

Firmware Update Version 3.0 untuk GoPro HERO4 Black & Silver telah pun dilancarkan pada awal pagi, 31 Julai 2015.. berikut merupakan perubahan & penambahbaikkan pada firmware HERO4 dan juga ulasan dari saya..

- default video telah menjadi 1080p-60fps.. Jika anda ingin jimatkan saiz file video anda, saya cadangkan  anda gunakan resolution 1080p dan framerate 30fps sahaja.. Ini akan memudahkan komputer anda memainbaik video tersebut supaya ia tidak tersangkut-sangkut atau lag.. 30fps adalah standard framerate untuk video, tujuan gunakan framerate yang lebih tinggi seperti 60fps, 120fps atau 240fps ini adalah untuk mendapatkan mainbalik video yang sangat smooth atau untuk dijadikan video perlahan (slow motion video).. selain itu, framerate yang tinggi juga baik digunakan untuk video yang megandungi aksi dan pergerakkan yang laju seperti, sukan bermotor dan lain-lain..

- LCD Touch BacPac dan touch skrin pada Hero4 Silver.. Melaui skrin tersebut, pengguna kini boleh memotong video kepada 5sec dan juga boleh buat screenshot.. Ini baik untuk mereka yang suka membuat suntingan photo dan video di dalam smartphone.. Antara yang anda boleh buat dengan video berdurasi 5sec itu, anda boleh membuat suntingan dengan menyambung video tersebut dengan video lain dan terus memuatnaik ke laman media social seperti Instagram dengan 15sec video, Facebook, YouTube dan lain-lain..
 
- ISO 800 dan 3200 untuk video.. pada saya, ini satu penambahan pilihan setting yang baik, kerana langkah naik ISO sebelum ini amatlah jauh, dari ISO 400 kepada ISO 1600 dan dari ISO 1600 kepada ISO 6400.. jadi dengan adanya, pilihan ISO 800 dan ISO 3200, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan dalam menetapkan limit ISO untuk video..

- penambahbaikkan pada power efficiency dalam Time Lapse photo mode.. ini merupakan salah satu isu pada saya.. saya pernah mengambil time lapse photo bermula dengan bateri penuh sehingga habis, dan saya hanya mendapat lebih kurang 3400 keping photo sahaja (lebih kurang, saya pun tak berapa ingat).. tetapi, tidak mengapa, saya akan cuba buat lagi untuk lihat berapa banyak gambar dapat di ambil kali ini..

- ada tambahan language setting, English dan Simplified Chinese..

- penambahbaikkan kecil lain seperti connectivity wifi, menu navigation nampak lebih smooth, dan lain-lain..

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari web rasmi GoPro..


Ulasan