GoPro: Ramadhan With Homeless

12 Julai 2015 - Georgetown : Alhamdulillah, program Ramadhan With Homeless yang telah diatur dan dilaksanakan oleh GPM Penang bersama GoPro Malaysia telah berjalan dengan lancar dan baik awal pagi tadi. Seawal jam 1 pagi kami telah berkumpul di KOMTAR dan mula mengedarkan bungkusan makanan kepada gelandangan yang berada disana dan seterusnya dikawasan Masjid Kapitan Keling dan Padang Kota. Pemberian makanan adalah hasil kutipan sumbangan dari pelbagai pihak. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan dari segi kewangan dan tenaga kerja. Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan lagi dimasa akan datang.













Ulasan