GoPro: Setting-On-The-Go



ok.. dah banyak orang tanya.. apa setting yang bro guna untuk video-video bro, apa setting untuk itu dan ini, bla bla bla apa semua.. jadi post kali ini saya nak kongsi penetapan (setting) yang saya guna dan yang saya cadangkan untuk anda guna..

Penetapan yang saya guna:

Video :
  • Resolution : 2.7K
  • FPS : 24
  • FOV : W
  • Low Light : N/A
  • Spot Meter : OFF
  • Protune : ON
  • White Balance : Auto
  • Color : Flat
  • ISO Limit : 1600
  • Sharpness : Low
  • EV Comp : 0
Nota: 
2.7K - saya akan render 1080p, dan saya dapati footage akan kelihatan lebih sharp.
24fps - untuk kelihatan cinematic.. 30fps akan nampak biasa.. dan saya akan guna fps yang lebih tinggi untuk slowmotion
Flat Color  - footage dari gopro akan jadi kurang warna dan pudar supaya senang saya nak buat color correction dan color grading..
Low Sharpness - saya akan tajamkan kembali video semasa post-production.. ini memberi saya fleksibiliti untuk tajamkan video..


Photo - Mode: Single :
  •  Resolution : 12MP
  • Spot Meter : OFF
  • Protune : ON
  • White Balance : Auto
  • Color :GoPro Color
  • ISO Limit : 400
  • Sharpness : Medium
  • EV Comp : 0
Photo - Mode: Night:
  • Shutter : Auto **Ikut keadaan pencahayaan**
  • Resolution : 12MP W
  • Spot Meter : OFF
  • Protune : ON
  • White Balance : 5500K
  • Color : GoPro Color
  • ISO Limit : 100 **Ikut keadaan pencahayaan**
  • Sharpness : Medium
  • EV Comp : N/A
Nota :
Shutter & ISO Limit - Untuk gambar waktu malam, guna Auto sahaja, jika masih gelap, tingkatkan nilai ISO.. saya selalu akan limitkan ISO kepada 200 atau 400 sahaja, kerana makin tinggi ISO, makin banyak noise.. selalunya saya akan tetapkan nilai ISO pada 100 dan Shutter AUTO untuk shot biasa pada waktu malam di kawasan berlampu, contohnya pesta, kedai makan.. makin tinggi nilai shutter, makin lama kamera akan ambil masa untuk ambil gambar dan segala pergerakan akan menjadi blur.. jadi untuk shot waktu malam, pastikan kamera stabil, atau guna tripod, gopro 3-way, letak kat mana-mana, dan lain-lain.. jika nak buat light painting gunakan nilai shutter yang lebih tinggi supaya sempat paint dan pastikan berada di tempat gelap..

Cadangan Penetapan: 

Video :
  • Resolution :1080p
  • FPS :30
  • FOV : W
  • Low Light : N/A
  • Spot Meter : OFF
  • Protune : ON
  • White Balance : Auto
  • Color :GoPro Color
  • ISO Limit : 1600
  • Sharpness : High
  • EV Comp : 0 

Photo - Mode: Single :
  •  Resolution : 12MP
  • Spot Meter : OFF
  • Protune : ON
  • White Balance : Auto
  • Color :GoPro Color
  • ISO Limit : 800
  • Sharpness : High
  • EV Comp : 0
Photo - Mode: Night:
  • Shutter : Auto
  • Resolution : 12MP W
  • Spot Meter : OFF
  • Protune : ON
  • White Balance : 5500K
  • Color : GoPro Color
  • ISO Limit : 200
  • Sharpness : High
  • EV Comp : N/A

Nota Akhir:

Berkenaan dengan ISO Limit, ingat, ini adalah LIMIT.. bukan semua gambar akan jadi nilai ISO itu, dia cuma tidak akan lebih nilai itu.. contoh, saya akan selalu set pada ISO 400 untuk gambar saya, jika saya berada di kawasan yang terang benderang di bawah sinaran UV matahari panas terik lit lit, dia akan guna ISO 100 sahaja, bila masuk dalam rumah dengan ada pencahayaan matahari melalui tingkap rumah, dia akan guna ISO 160.. nilai yang saya dapat ni bergantung pada keadaan pencahayaan la, bukan dia betul-betul guna nilai tu, tetapi contoh yang saya bagi tu memang dari detail/metadara/exif data yang saya dapat dari gambar yang saya ambil..

jika anda tidak pasti nak buat penetapan apa, baru belajar nak guna, tak pasti apa penetapan yang baik dan sesuai, sekadar nak guna suka-suka dan biasa-biasa saja,  anda boleh guna cadangan penetapan saya ini.. apa-apa pun, semuanya adalah terpulang kepada citarasa sendiri.. seperti yang anda dapat lihat, penetapan yang saya guna adalah berbeza dengan apa yang saya cadangkan untuk anda guna, kerana saya akan membuat proses suntingan terlebih dahulu kepada setiap video dan gmbar yang saya ambil sebelum saya kongsikan kepada orang ramai..

Ulasan