GoPro: Photo Wide VS Medium
ok, entri kali ni pasal resolution dalam mode Photo pulak, disebabkan ada kekeliruan tentang gambar hasil daripada kamera GoPro ini, saya akan cuba tunjukkan perbezaannya..
terdapat 4 mode pilihan dalam pilihan resolution dalam Hero4 Black dan Hero3+ Black Edition, iaitu:
- 12MP - W
- 7MP - W
- 7MP - M
- 5MP - M
W merujuk kepada WIDE manakala M merujuk kepada MEDIUM.. apa benda tu..?? secara ringkasnya, ia merujuk kepada field of view, yakni berapa besar dia akan capture gambar.. jika kita menggunakan mode WIDE, dia akan guna keseluruhan sensor untuk ambil gambar, manala MEDIUM hanya akan menggunakan bahagian tengah sensor sahaja dan kurang menampk barrel distortion dari kesan penggunaan lensa sudut lebar (wide angle lens)ini.. ya.. KURANG, sebab kita cuma lihat daripada paparan yg kecil sahaja, jika dibandingkan secara keseluruhan, memang jelas akan menampakkan dia memang ada distortion..
ada yang berpendapat bahawa jika menggunakan mode MEDIUM, anda akan tidak mendapat kesan barrel distortion ini.. maaf.. anda salah.. nak saya cuba tunjukkan..?? untuk tunjukkan perbezaan ini, kita perlu mneggunakan kaedah yang betul semasa pengujian.. bukan boleh ambil sebarangan gambar seperti permandangan, kereta, selfie, atau lain-lain.. cara yang betul untuk melihatnya adalah menggunakan kotak grid..
Di ambil menggunakan Samsung Galaxy Note II |
Di ambil menggunakan Samsung Galaxy Note II |
seperti yang kita tahu, telefon pintar seperti Samsung Galaxy Note II ini tidak mempunyai wide angle lens.. jadi, tiada barrel distortion kepada gambar yang terhasil, sama juga seperti kamera kompak, DSLR dan lain-lain kamera yang tidak menggunakan wide angle lens..
sekarang lihat pula hasil gambar dari kemera GoPro ini.
Hero4 Black: 12MP-W |
Hero4 Black: 7MP-W |
Hero4 Black: 7MP-M |
Hero4 Black: 5MP-M |
lihat saja perbezaan antara kamera lensa biasa dengan lensa wide angle ni.. pasti akan terdapat barrel distortion pada gambar dari penggunaan wide angle lens dari GoPro.. dan dengan menggunakan mode MEDIUM, ia TIDAK akan menjadikan gambar itu tiada barrel distortion.. ia hanya sekadar CROP dari gambar size penuh sahaja..
ok, sekarang mari kita kaji lebih jauh.. lihat screenshot ini.. saya tandakan mode mengikut warna seperti berikut:
- 12MP - W = Merah
- 7MP - W = Biru
- 7MP - M = Hijau
- 5MP - M = Oren
12MP - W = Merah |
7MP - W = Biru |
7MP - M = Hijau |
5MP - M = Oren |
merujuk rajah di atas, kita akan dapat lihat bahawa, dengan menggunakan mode WIDE, gambar pada Merah dan Hijau di ambil menggunakan keseluruhan sensor tetapi mempunyai perbezaan dari segi saiz resolution MP saja.. manakala dengan mnggunakan mode MEDIUM, gambar pada Hijau adalah seperti menggunakan size penuh sensor dan di crop pada bahagian tengah sehingga menjadi 7MP sahaja dan Oren pula adalah hasil daripada konsep pada warna Hijau tetapi melalui proses pengecilan resolution kepada 5MP..
dan jika saya overlay gambar Merah dan Hijau, anda akan dapat lihat yang Hijau berada ditempat yg tepat pada merah..
Hijau di atas Merah |
dengan ini, saya harap agar pembaca artikel ini akan lebih memahami tentang penggunaan resolution dan field of view dalam mode photo pada kamera GoPro..
kepada yang baru membaca dari blog saya, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.. seperti yang saya pernah maklumkan sebelum ini di dalam group Facebook GoPro Malaysia, saya tidak dapat nak menulis sesuatu seperti ini di dalam post di Facebook kerana post tidak mempunyai kebebasan untuk menyusun kandungan.. seperti yang anda dapat lihat, saya mempunyai cara saya menulis dengan memasukkan gambar-gambar pada tempat yang berkenaan dengan apa yg saya tulis.. jadi penggunaan blog saya merupakan tempat yang paling sesuai bagi saya berkongsi serba sedikit tentang apa yg saya tahu..
dan juga seperti yang saya tegaskan dalam entri terdahulu, saya bukanlah seorang professional, saya sekadar peminat yang menggunakan dan memiliki kamera GoPro Hero3+ Black Edition dan GoPro Hero4 Black.. sebarang penulisan tentang pendapat dan pengujian adalah dilakukan oleh saya sendiri dan secebis ilmu yang saya ada.. saya suka berkongsi ilmu yang saya ada.. jadi saya harap anda begitu juga..
seperti biasa, saya sedia menerima sebarang pendapat, cadangan, maklum balas, kritikan dan apa-apa saja dari anda melaui komen di entri ini atau di Facebook, supaya sama-sama kita tingkatkan ilmu pengetahuan yang ada..
ada ilmu tinggi-tinggi pun kalau tak mahu kongsi nak buat apa ye tak.. saya ada sedikit hari ini, saya kongsi, dan apa yang anda kongsi, saya ambil..
terima kasih..
Ulasan
Catat Ulasan