GoPro: Ulasan Hero4 Black Firmware version 2.0

Pengenalan

seperti yang anda sedia maklum, GoPro Hero4 Black dan Silver telah mendapat kemaskini firmware kepada versi 2.0 pada 4 Februari 2014 yang lalu.. disebabkan kamera saya mengalami masalah freeze seperti yang saya nyatakan dalam post sebelum ini, jadi saya buat review tentang kemaskini versi ini agak lewat.. jika anda ada membaca penulisan saya mengenai Hero4 vs Hero3, anda akan tahu bahawa saya ni bukan jenis cerita atas spesifikasi dan apa feature dia sangat, tetapi lebih kepada penggunaannya.. sebab nak tahu spesifikasi apa semua, anda boleh tengok sendiri pada kamera anda.. jadi untuk kali ini juga saya akan tunjukkan hasil dari pada penggunaan penetapan dari kamera ini..

Sumber: GoPro.com

Timelapse Video

timelapse video merupakan feature baru dalam kemaskini versi 2.0.. ia akan membenarkan pengguna membuat video timelapse teru dari kamera.. sebelum ini, pengguna hanya dapat membuat photo timelapse sahaja dan jika ingin menjadikannya video, pengguna perlu menyuntingnya sebagai video dengan menggunakan perisian seperti Adobe Premiere Pro dan lain-lain.. 

saya sebenarnya agak terkejut melihat penetapan di dalam tetapan mode Timelapse Video ini kerana ia hanya membenarkan pengguna menghasilkan video bersize 4K dan 2.7K (4:3) sahaja.. benar, memang lebih besar lebih baik, akan tetapi tidak semua yang akan mampu menyimpan file besar, dan juga akan memerlukan saiz storan yang besar.. tetapi pada pendapat saya, size 1080p perlu dijadikan size video terkecil, kerana size ini masih digunakan secara meluas.. akan tetapi seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini, bila kita rakam saiz besar, kita boleh buat zoom seperti yang saya terangkan dalam post sebelum ini..

tiada contoh video timelapse dari saya kerana tiada apa-apa yang menarik nak ditunjukkan dan malas nak tunggu lama-lama ni.. jadi saya sedang merakam timelapse video ketika saya sedang menaip post ini, dan ini hasil properties dari video yang saya buat..

Penetapan kamera :
Video : Timelapse Video mode
Interval : 1 sec
Resolution : 4K
Video formt : PAL

Hasil :
Video size : 3840x2160
Durasi : 20sec
Saiz file : 145 Mb
Bitrate keseluruhan : 59.8 Mbps
Framerate : 25fps

hasil video sangat baik, kerja jadi lebih mudah.. satu perkara yang perlu anda tahu dan ingat, jika anda menggunakan video format NTSC, anda akan mendapat output video 30fps (29.970fps) manakala jika anda menggunakan video format PAL, anda akan mendapat video dengan framerate 25fps..

Video Framerate

mode video telah mendapat tambahan framerate pada beberapa saiz resolution.. 720p kini boleh merakam dengan 240fps.. 2.7K boleh merakam dengan 60fps-NTSC manakala 50fps-PAL.. kegunaan framerate tinggi ini adalah kita boleh menjadikannya sebagai video perlahan (slowmotion video)..

dengan 720p-240fps kita boleh membuat video slowmotion sehingga 10kali lebih perlahan (10% perlahan), kepada main-balik 24fps.. dengan 2.7K-60fps kita boleh membuat 2x perlahan.. ini baik untuk kebanyakan pengguna professional, kerana kebanyakan daripada mereka menggunakan resolution 2.7K ini dan kini mereka boleh membuat video perlahan dalam resolution ini..

GoPro Hero4 Black 720p 240fps Slow-Mo

720p | 240fps | Protune ON | White balance AUTO | Color FLAT | Sharpness LOW

Color correct dan graded dalam Adobe Premiere Pro CS6 dengan memggunakan plugin FilmConvert..

hasil daripada video ini memuaskan walapun hanya 720p, denganFOV hanya pada Narrow sahaja.. noise/grain dari video ini juga boleh la diterima, tidak menganggu sangat detail pada video.. secara keseluruhan, amat memuaskan..

Auto Rotate

kini kamera ini monyokong fungsi auto-rotate.. merupakan feature yang sangat baik kerana kita tidak sentiasa memasang kamera kita pada orentasi yang betul, dan selalu perlu ke tetapan rotation dan ubah samada UP atau DOWN.. kini pada menu tersebut terdapat pilihan AUTO.. selepas anda menghidupkan fungsi ini, akan boleh terus melihat dari skrin paparan pada kamera anda.. cuba putarkan kamera dan lihat skrin akan terus mengubah orentasi..

Burst Mode

durasi burst untuk 30 photo telah mendapat tambahan masa baru iaitu 6sec.. sebelum ini ia hanya mampu melakukan sehingga 3sec sahaja.. ini baik untuk mengambil gambar aksi yang berlaku dalam 6 saat..

Kesimpulan

apa yang saya tuliskan ini hanya sekadar sedikit penjelasan tentang feature baru dalam kemaskini firmware versi 2.0.. ada beberapa peningkatan pada kamera ini seperti yang anda boleh lihat dari gambar yang saya sertakan di atas..


----------------------------------------- Nota dan Peringatan ------------------------------------------
Apa yang saya tulis ini hanya berdasarkan pendapat saya sendiri sahaja.. anda mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.. mohon komen dan kongikan pendapat anda supaya sama-sama kita mendapat ilmu baru..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan