GoPro: Pengujian dan Ulasan Hero4 vs Hero3

----------------------------------------- Nota dan Peringatan ------------------------------------------
Apa yang saya tulis ini hanya berdasarkan pendapat saya sendiri sahaja.. anda mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.. mohon komen dan kongikan pendapat anda supaya sama-sama kita mendapat ilmu baru.. 
Post ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pengujian dilakukan.. jadi, datang balik untuk lihat kemaskini terbaru pada masa akan datang, sehingga siap.. Kemaskini terbaru ditambah dibawah..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

:: Pengenalan ::

Hero4 Black & Hero3+ Black Edition
Saya akan cuba kongsikan seberapa banyak perkara mengenai GoPro Hero4 Black dan Hero3+ Black Edition.. saya sendiri bukan pakar dalam bidang ni.. sekadar peminat kamera ini sahaja.. jadi ini hanya ulasan dan pengujian dari peminat, bukan dari golongan professional.. ramai lagi yang lebih arif tentang kamera ini.. 
Sebelum memiliki kedua-dua kamera ini, saya hanya menggunakan camera dari telefon pintar Samsung Galaxy Note II untuk mengambil gambar dan video.. Saya meminati kamera GoPro ini kerana kelebihannya dari segi mobiliti dan sudut lebar lensanya.. Saya bukanlah seorang yang selalu atau suka melakukan aktiviti seperti luncur air, papan luncur, pelumba basikal, pelumba motosikal, pelumba kereta, dan banyak lagi sukan lasak, walaupun kamera ini adalah lebih kepada tujuan tersebut.. saya melihat kamera ini lebih kepada sebagai satu alat untuk merakam memori, apa yang saya buat, apa yang saya lihat dan ke mana saya pergi.. saya suka merakam video dan mengambil gambar permandangan dan lain-lain.. pendek kata, sekadar point and shoot.. tetapi, saya menitik-beratkan aspek teknikal di dalam proses tersebut, dari segi penggunaan penetapan (setting) supaya memudahkan proses penyuntingan (editing).. itu sahaja..

Saya mula menggunakan kamera Hero3+ Black Edition pada 7 September 2014 (ya, baru sangat) dan memiliki kamera Hero4 Black pada 11 Desember 2014.. saya mendapat kamera Hero4 Black dengan percuma hadiah di atas pertandingan Share The Stoke oleh GoPro sendiri (boleh rujuk post yang lama).. dan sekarang GoPro menjadi kamera utama saya untuk tujuan mengambil gambar dan video..
dalam ulasan dan pengujian ini, saya tidak akam bercakap tentang cara navigasi dan penggunaan kamera ini.. nak cari mode apa, cari sendiri.. haha.. itu salah satu cara nak tahu ada apa mode dalam kamera.. dan tak perlulah sampai nak buka manual.. tak payah lah.. tolong lah.. buka kemera, dan cari sendiri.. dalam masa kita cari sendiri, kita akan belajar di mana letaknya menu yang kita cari.. okay.?? cari sendiri.. seperti tajuk post, saya test dan ulas.. itu saja.. jadi, tolong cari sendiri, perlahan-lahan, lama-lama kita akan pandai cari setting..

:: Spesifikasi ::

Okay.. saya tidak mahu bercakap tentang spesifikasi kamera ini.. jadi, tengok spesifikasi kedua-dua kamera ini dari kotaknya sahaja.. kanan ialah Hero3+ Black Edition manakala kira Hero4 Black..




 

:: Protune ::

Satu perkara yang perlu kita tahu tentang Protune adalah, Protune TIDAK mencantikkan gambar dan video jika kita ambil file itu terus dari kamera.. ya, TIDAK.. tidak cantik.. ada sesetengah orang mengatakan bahawa, "guna la Protune, baru gambar cantik".. jika menggunakan Protune, anda perlu menjalani proses post-production (editing) terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.. dalam erti kata lain, Protune kena edit dulu.. untuk penerangan tentang penetapan yang terdapat dalam Ptotune, boleh baca di sini: GoPro: Protune Setting..

:: Gambar (Photo) ::

 Pengujian waktu siang:

Saya melakukan pengujian gambar di dalam rumah kerana mudah mendapat kawasan gelap (shadow) untuk menunjukkan kebolehan dan perbezaan kamera ini..

Hero3+ Black Edition tidak mempunyai penetapan Protune untuk gambar.. Protune hanya pada video sahaja.. manakala Hero4 Black mempunyai penetapan Protune pada gambar.. ini membolehkan kita untuk mengawal penetapan secara manual.. jadi untuk mode gambar, Hero3+ Black Edition hanya sekadar point & shoot sahaja..

Gambar 1 : Hero3+ Black Edition
Gambar 2 : Hero4 Black : Protune OFF
Gambar 3 : Hero4 Black: Protune ON | White Balance: Auto | Color: GoPro Color | ISO Limit: 800 | Sharpness: Medium


Gambar 4 : Hero4 Black: Protune ON | White Balance: Auto | Color: Flat | ISO Limit: 800 | Sharpness: Medium

Gambar 5 : ini merupakan Gambar 4 selepas melalui proses editing dalam Adobe Lightroom

perhatikan Gambar 1 hingga 5..
  • Gambar 1 simpan lebih detail berbanding Gambar 2..
  • Tiada perbezaan antara Gambar 2 dan Gambar 3..
  • Warna pada Gambar 4 lebih pudar bebanding Gambar 3, tetapi mempunyai lebih banyak detail pada shadow..
perbezaan yang jelas disini adalah dari segi peggunaan penetapan warna.. Jika anda memilih Color: GoPro Color, anda akan mendapat hasil warna yang ditetapkan oleh GoPro dan merupakan warna yang sama jika anda tidak menggunakan mode Protune.. pendek kata, Protune OFF = Protune ON dengan GoPro Color.. boleh refer web GoPro dalam Advance Protune Control Explained.. 

Petikan dari laman web GoPro

jadi dimanakah kelebihan Protune..?? ianya pada penggunaan Color: Flat (seperti dalam Gambar 4).. dengan menggunakan Color: Flat, kamera akan menyimpan lebih detail terutama dibahagian shadow dan highlight, dan mengeluarkan warna yang lebih neutral.. penggunaan warna Flat akan memberi banyak kelebihan dan fleksibiliti semasa proses post-production (editing) dan pembetulan warna (color correction).. lihat Gambar 5, hasil proses editing..

Pengujian di luar rumah..
Gambar 6 : Hero3+ Black Edition
Gambar 7 : Hero4 Black: Protune ON | White Balance: Auto | Color: GoPro Color | ISO Limit: 800 | Sharpness: Medium

Gambar 8 : Hero4 Black: Protune ON | White Balance: Auto | Color: Flat | ISO Limit: 800 | Sharpness: Medium
Gambar 9 : ini merupakan Gambar 8 selepas melalui proses editing dalam Adobe Lightroom

selain daripada Protune dalam mode Photo, perbezaan kedua-dua kamera ini dalam mode Photo adalah dari segi ketajaman (sharpness) gambar yang diambil.. Hero4 Black kelihatan lebih sharp berbanding Hero3+ Black Edition.. harus diingat, untuk Hero4 Black, saya hanya menggunakan Sharpness: Medium, belum lagi guna High.. 
Gambar 10 : daripada Gambar 6
Gambar 11 : daripada Gambar7
Hero3+ Black Edition mempunyai masalah dari segi infinity focus.. dibahagian bucu dan tepi gambar kelihatan kabur dan kurang jelas.. banyak isu ini dibangkitkan di Internet, dan juga terdapat cara untuk memperbaikinya.. gambar diatas adalah dari bucu atas sebelah kanan..Gambar 11 lebih sharp dan jelas.. Gambar 10 mempunyai masalah blur.. kedua-dua kamera ini dipasang pada tripod 3-Way..

Pengujian waktu malam:

Hujan.. hujan turun.. saya tidak dapat nak keluar untuk buat test shot malam di luar rumah.. jadi saya buat pengujian di dalam rumah terlebih dahulu.. untuk shot waktu malam, sememangnya kelebihan adalah pada Hero4 Black berbanding Hero3+ Black Edition.. ini kerana GoPro telah menambah feature Night Mode & Night Lapse (Night Timelapse) pada Hero4 Black.. 

Hero4 kini mempunyai akses kepada menu kelajuan shutter (shutter speed).. shutter speed ini merujuk kepada berapa lama masa shutter kamera dibuka semasa ambil gambar.. makin lama buka, makin banyak cahaya masuk.. tetapi jika buka lama, sebarang pergerakan akan menjadi kabur.. boleh baca lebih lagi dari mana-mana sumber di Internet..

apa yang saya nak ringkaskan disini, night mode hanya boleh digunakan untuk tujuan tertentu dan perlu melakukan beberapa penetapan terlebih dahulu.. kita perlu tahu tujuan apa kita nak guna, dalam situasi pencahayaan apa, dan bagaimana kita nak guna.. apa nilai ISO yang sesuai digunakan pada keadaan cahaya semasa itu.. itu semua perlu di ambil kira dan tahu, supaya senang untuk lakukan penetapan..

boleh guna untuk selfie dalam keadaan gelap, tetapi semasa shutter sedang dibuka (sedang ambil gambar), kita tidak boleh bergerak.. sedikit pergerakkan akan membuatkan gambar kita mejadi kabur.. cara terbaik menggunakan Night Mode ini adalah dengan menggunakan tripod, tripod 3-way atau letak ditempat yang stabil dan tidak bergoyang..  kalau nak pegang, mungkin bileh guna 2 saat dan itu pun jika, keadaan cahaya tidak terlalu gelap..

untuk Night mode, kita kena cuba semua nilai masa shutter dari nilai terendah.. ini kerana ia bergantung kepada keadaan cahaya.. nilai shutter yang saya guna tidak semestinya baik untuk anda guna.. okay, cukup la membebel tentang feature baru ini.. jom tengok apa yang saya sudah tangkap..

Gambar 12 : Hero3+ Black Edition

Gambar 13 :Hero4 Black: Protune ON | Shutter: 2 Seconds | White Balance: 5500K | Color: GoPro Color | ISO Limit: 800 | Sharpness: Medium

Gambar 14 : Hero4 Black: Protune ON | Shutter: 2 Seconds | White Balance: 5500K | Color: Flat | ISO Limit: 800 | Sharpness: Medium

Seperti yang anda dapat lihat, saya menggunakan nilai ISO Limit tertinggi supaya dapat memberi gambaran terbaik tentang limit kemampuan kamera ini.. jika saya menggunakan nilai ISO rendah, ia akan menjadi kurang cahaya, itu sahaja.. 

Menarik kan..?? lihat saja perbezaan Hero3+ Black Edition dengan Hero4 Black.. inilah kelebihan Hero4 Black berbanding Hero3+ Black Edition.. jadi dengan itu, mari jadi lebih kreatif sedikit, mari kita buat light painting.. kita dah tahu, makin lama kita buka shutter, makin banyak cahaya masuk.. untuk melukis dengan cahaya (light painting), kita memerlukan banyak masa baru banda benda kita boleh lukis.. jadi, sudah semestinya kita memerlukan tempat yang gelap..

ini test dari saya.. dalam bilik tidur.. tiada cahaya selain dari lampu kecil dari USB hub, tetikus (mouse) saya di atas meja dan lampu indikator 3 pin plug multi socket.. dalam erti kata lain, lampu kecil sahaja, tidak akan manjadikan pencahayaan bilik terang..

Gambar 15 : Hero4 Black: Protune ON | Shutter: 10 Seconds | White Balance: 5500K | Color: GoPro Color| ISO Limit: 800 | Sharpness: Medium
Gambar 16 : Hero4 Black: Protune ON | Shutter: 30 Seconds | White Balance: 5500K | Color: GoPro Color | ISO Limit: 800 | Sharpness: Medium
 selamat mencuba.. belajar mencuba benda baru.. apa yang ada dalam tangan kita mampu buat banyak benda.. kita kena cuba dan fikir secara kreatif sahaja..

okay.. outdoor waktu malam.. kawasan ini tidaklah begitu gelap.. cun lah untuk mengambarkan suasana kawasan yang mempunyai lampu jalan dan beberapa sumber cahaya lain.. ergh.. saya shoot ni dengan TIDAK menggunakan waterproof housing.. ini dari terus ke lensa kamera.. nampaknya, bila buat long expose, akan jadi light ray macam ni.. atau saya sahaja..?? mohon jawapan.. apa2 pun, hasil shot Night Photo dari Hero4 Black memang cantik..
Gambar 17 : Hero4 Black: Protune ON | Shutter: 5 Seconds | White Balance: 5500K | Color: GoPro Color | ISO Limit: 100 | Sharpness: Medium
Gambar 18 : Hero4 Black: Protune ON | Shutter: 2 Seconds | White Balance: 5500K | Color: GoPro Color | ISO Limit: 800 | Sharpness: Medium
Gambar 19 : Hero4 Black: Protune ON | Shutter: 2 Seconds | White Balance: 5500K | Color: GoPro Color | ISO Limit: 100 | Sharpness: Medium

:: Video ::

yes..!! ya..!! useable 4K video dengan framerate 24fps dan 30fps.. okay.. orang akan cakap, perlu ka guna sampai 4K.. dah la resolution besar, laptop/PC tak mampu nak handle, nak play kat Youtube pun lambat (Internet slow, makan quota banyak), resolution laptop baru 1366x768, monitor PC pun hanya 1920x1080 Full HD, jadi kenapa perlu nak rekod sampai 4K..??

tu semua alasan dan ulasan orang ramai.. sebenarnya banyak lagi kegunaannya.. apa salah satu feature yang tiada pada kamera GoPro..?? ZOOM.. jadi apa salah kita gunakan ia sebagai zoom, memandangkan kamera ini tiada feature zoom.. kalau kita rekod 4K, kemudian letakkan dalam timeline 1080p, kita akan boleh buat 2X zoom.. saya ada buat contoh video..

selain dari pada zoom, apabila kita rekod dengan 4K, kemudian untuk post-production kita jadikan 1080p, jika dilihat betul2, kita sebenarnya dapat video yang lebih sharp.. jadi, pada pendapat saya 4K masih relaven, untuk buat zoom dan dapatkan video yang lebih sharp..

Video 1 : 4K untuk zoom

Video 2 : Video saiz 4K

Kesimpulan:

Hero3+ Black Edition:
  • tiada Protune untuk gambar, hanya pada video
  • masalah infinity focus.
  • kurang baik untuk keadaan rendah cahaya (low light) dan waktu malam.
  • tidak boleh mengawal nilai kelajuan shutter .
  • video 4K hanya 15fps
Hero4 Black:
  • Protune untuk gambar dan video.
  • mempunyai focus yang baik.
  • Night Photo dan Night Lapse merupakan feature tambahan yang sangat baik untuk waktu malam.
  • boleh mengawal nilai kelajuan shutter untuk long exposure. 
  • boleh buat 4K video dengan usable video framerate..
Hero4 Silver:
  • feature dan kualiti image sama macam Hero3+ Black Edition
  • ada LCD touch skrin, yang lain tiada..
  • pendek kata, Hero4 Silver = Hero3+ Black Edition + lcd touch skrin + Night Mode & Night Lapse + Protune untuk photo..
** jika saya belum memiliki Hero4, dan sedang dalam pertimbangan untuk memiliki salah satu dari nya, saya akan pilih Hero4 Black..**

Terima kasih kerana sudi membaca.. anda boleh bertanyakan soalan-soalan kepada saya melalui runag komen dibawah atau boleh menghubungi saya melalui laman sosial saya, semua link ada di ruangan header blog..

Ulasan

  1. That is very simple and nice information, i want to know more about so thats why i find this link, you should open it and increase your knowledge.
    Canon ef 70-200mm f/2.8l USM

    BalasPadam
  2. Daftar Harga Special Discond Kamera Canon/Go PRO
    Untuk Info Produk Hub/Tlpn (☎085 – 237 – 832 777 )

    GoPro Hero 4 Black Kamera GoPro Resolusi 12 MP Dapat merekam video HD 1080 p hingga 60 frame per detik Dapat bertahan hingga kedalaman 40 meter Dilengkapi dengan Wi-Fi Harga : Rp 2.500.000

    Harga Kamera GoPro Hero 4 Silver Spesifikasi GoPro Hero 4 Silver Kamera GoPro Resolusi 12 MP Dapat merekam video HD 1080 p hingga 60 frame per detik Dapat bertahan hingga kedalaman 40 meter Dilengkapi dengan Wi-Fi Harga : Rp 2.100.000

    Harga Kamera GoPro HERO3+ Silver Spesifikasi GoPro Hero 3+ Silver Bodi yang 15% lebih kecil dan ringan dari versi sebelumnya Dapat menyelam kedalam air hingga kedalaman 40 meter Mampu merekam video 1080p pada 60fps dan 720p pada 120fps Foto beresolusi 10 MP Dilengkapi dengan koneksi Wi-Fi yang lebih cepat serta baterai 30% lebih tahan lama Harga : Rp 1.500.000

    Kamera DSLR CANON EOS 1100D Kit
    APS-C Digital SLR, 12.2 Megapixel, LiveView, 2.7″ TFT LCD, SD/SDHC Card Slot, include EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS Rp. 1.900.000

    Canon EOS 1200D Lensa Kit 18-55mm IS II – 18 MP + Memori Vgen 8 GB 18 MP LCD Lensa Kit 18-55 mm IS II Rp 2.000.000

    Kamera DSLR CANON EOS 550D Kit
    APS-C Digital SLR, 18.7 Megapixel, LiveView, Full HD 1080, SD/
    SDHC/ SDXC Card Slot, 3.0″ TFT LCD, include EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS Rp. 2.200.000

    Kamera DSLR CANON EOS 600D Kit
    APS-C Digital SLR, 18 Megapixel, LiveView, Full HD 1080, SD/SDHC Card Slot, 3.0″ TFT LCD with EF-S 18-55mm F3.5-5.6 II IS Rp. 2.500.000

    Harga Kamera DSLR CANON EOS 650D Kit 2
    APS-C Digital SLR, 18 Megapixel, LiveView, Full HD 1080, SD/SDHC/SDXC Card Slot, 3.0″ Vari-Angle Touchscreen LCD with EF-S 18-135mm F3.5-5.6 IS
    Rp 2.800.000

    Kamera DSLR CANON EOS 60D Kit
    APS-C Digital SLR, 18.0 Megapixel, 3.0″ TFT Vari-angle LCD, SD/SDHC Card Slot, include EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS Rp. 2.900.000

    Canon EOS 700D Lensa Kit 18-55mm IS STM – 18 MP – Hitam 18 MP Kamera 3″LCD Lensa Kit 18-55mm IS STM Rp 2.850.000

    CANON EOS 750D Kit2 Hybrid CMOS sensor, 24.2 Megapixels, 19-point all cross-type AF Full HD, 3.0" TFT color liquid-crystal monitor, SD/SDHC/SDXC Card Slot, Wi-fi and NFC supported, Include EF-S18-135mm IS STM Lens Rp 3.300.000

    CANON EOS 760D Kit 2 Hybrid CMOS sensor, 24.2 Megapixels, 19-point all cross-type AF Full HD, 3.0" TFT color liquid-crystal monitor, SD/SDHC/SDXC Card Slot, Wi-fi and NFC supported, Include EF-S18-135mm IS STM Rp 3.400.000

    Kamera Canon EOS 70D Wifi Digital Camera Kit 18-55mm IS STM Lens – 20.2MP + Free SDHC 16Gb 20.2 MP CMOS DIGIC 5+Dual Pixel AF Fast and Silent STM Lens 19 AF Point, All Cross-type7 fps 3″ Layar Sentuh Wi-Fi Rp 3.000.000


    CARA PEMESANAN:
    Nama # Alamat + Kode POS # JENIS/TIPE KAMERA # NO.HP.NO KTP.( Jasa Pengiriman lewat JNE/TIKI ).
    Kirim Ke:……………..[HP] (☎085 – 237 – 832 777 )
    CARA TRANSAKSI:

    *Barang akan Kami kirim setelah pembayaran diselesaikan Ke REK.BENDAHARA KEUANGAN
    TOKO KAMI

    *karna sudah banyak kasus yang mengatakan booking tapi pada akhirnya nggak jadi / Batal,
    akhirnya kami yang diRugikan,
    BARANG SELALU READY STOCK untuk semua MEREK KAMERA DSLR ?

    *Jika anda Tidak Puas / tidak sesuai dengan Keinginan, Barang Bisa di Kembalikan & Uang Kembali
    100% TanpaH adanya Potongan..

    *Pembayaran DP atau JAMINAN melalui via Transfer di BNI / BRI / BANK MUALAT

    *Barang di kirim melalui via TIKI / JNE
    Status pengiriman bisa di cek langsung di website TIKI/JNE
    JIKA BERMINAT SILAHKAN SMS/CALL ((☎085 – 237 – 832 777 )

    Melayani pengiriman ke seluruh indonesia melalui jasa TIKI/JNE

    ########### DI JAMIN 100% PASTI SAMPAI KE KOTA TUJUAN/ALAMAT KONSUMEN ###########

    BalasPadam

Catat Ulasan