GoPro: Photo - Night mode
Pada 24 Disember 2014, saya dan 2 orang kawan saya telah pergi ke Pesta Pulau Pinang.. tujuan utama saya pergi semata-mata untuk menguji sebaik mana kamera GoPro Hero4 Black saya dalam dalam keadaan rendah cahaya.. Namun begitu, hanya beberapa tempat sahaja yang rendah cahaya, kerana, biasalah pesta, penuh cahaya berwarna warna-warni.. akan tetapi, saya masih boleh membuat pengujian di sana, dapat lihat bagaimana kamera ini beraksi dalam suasana malam.. saya menggunakan penetapan seperti berikut: Photo Mode: Night Shutter: Auto Spot Meter: OFF Protune: ON White Balance: Auto Color: GoPro Color ISO Limit: 100 Sharpness: High EV Comp: 0 saya mendapati bahawa, jika ingin membuat long exposure di kawasan pesta, nilai shutter tertinggi yang sesuai digunakan hanya 2 saat sahaja.. jika menggunakan 5 saat dan ke atas, gambar akan terlalu cerah dan kita akan kehilangan detail dalam gambar.. nilai shutter yang terbaik untuk digunakan dalam mode gambar ini adalah Auto.. ya Auto