GoPro: Video Shooting Setting

Saya telah test 4 jenis shooting setting (seperti dalam 1,2,3,4).. file size utk 1 = 40Mb, 2 = 61Mb, 3 = 61Mb, 4 = 64Mb..
Daripada pengamatan saya, footage 1& 2 tidak mempunyai sebarang perbezaan.. jadi jika anda ingin shoot tanpa membuat sebarang editing (color correct), tutup mode Protune dan anda akan jimat ruangan storan..
Footage 3 & 4 dapat simpan banyak detail berbanding 1 & 2 (di kawasan gelap).. ini bagus untuk mendapatkan shot yg detail dan baik.. akan tetapi footage 3 & 4 perlu melalui proses post production untuk mengembalikan warna pada footage tersebut.. hasilnya seperti 5 & 6..
Jika dibandingkan 2 dan 6, jelas menampakkan detail dalam footage 6 berbanding 2.. dibahagian tengah motosikal kelihatan gelap, manakala footage 6 menampakkan detail pada bahagian tersebut..
Apakah setting video yg anda gunakan..?? Dah bersedia untuk jadikan hasil video anda lebih baik..??
Komen dan kongsikan pendapat anda, setting apa yang anda guna, kongsikan ilmu yang anda ada.. Ilmu yg baik, patut dikongsi bersama..
Terima Kasih..


** Click untuk besarkan gambar **

Ulasan