GoPro Bukan Sekadar Selfie, Apa Lagi Boleh Buat?

Rabu, November 04, 2015

Assalamualaikum..

:: GoPro Bukan Sekadar Selfie ::
tu dia.. tajuk bukan main besar untuk post kali ni.. tapi rasanya post ni tak panjang macam post review saya mengenai Pengujian dan Ulasan Hero4 vs Hero3.. ok lah.. post kali ni nak membebel sikit la pasal benda ni.. kecoh sangat dekat group facebook GoPro Malaysia pasal banyak sangat post gambar ber-selfie saja.. sebelum itu, ingin saya tegaskan bahawa saya tidak berada dimana-mana pihak.. saya sekadar berkongsi pendapat saja.. dan niat saya membebel untuk post kali ini adalah untuk menyuarakan pendapat berkenaan tajuk besar ini iaitu, GoPro Bukan Sekadar Selfie..

macam ni la.. ya betul, semua orang kata GoPro ni kamera aksi (action camera).. tapi kan.. GoPro sendiri pun claim bahawa ia adalah versatile camera, dulu siap tagline dia "The World's Most Versatile Camera".. jadi maknanya, GoPro ni bukan sekadar kamera aksi sahaja.. tapi pelbagai guna.. nak buat apa pun, terpulang pada tuan empunya..

isu ni mula naik turun la.. dulu pun banyak ja berbangkit benda ni.. banyak selfie dari aksi.. ok.. kita tengok la jenis pengguna kat Malaysia ni macam mana.. dan memang pemilik/pengguna GoPro ni kaki selfie.. so mereka banyak la post selfie saja.. dan satu lagi, benda paling mudah nak produce gambar dari kamera dan pada bila-bila masa saja adalah selfie.. nak buat macam mana, GoPro scene di Malaysia kita ni, lebih kepada selfie.. ada apa masalah dengan selfie..?? banyak sangat..?? baik ada selfie dari group diam membisu tunggu post benda-benda aksi.. betul..??

yang minat aksi pun, bukan kerap sangat boleh post.. betul tak..?? ada pi panjat bukit tiap-tiap hari..?? ada pi naik motor meleper asah lutut siku tiap-tiap hari..?? ada pi bersukan sambil mount GoPro tiap-tiap hari..?? tak ada kan..?? benda-benda aksi ni, jarang nak dapat kongsi sangat.. banyak yg duk post pun, benda-benda lama, throwback la katakan.. jadi pada pendapat saya, ok la ada geng-geng yang berselfie ni dalam group tu.. sekurang-kurangnya ada la benda naik kat feed facebook dari group GoPro Malaysia.. tak da la sunyi sangat kan menunggu gambar atau video aksi..

jadi macam tu la.. nak buat macam mana.. dan memang GoPro scene kat Malaysia ni banyak selfie saja.. biarkan ada, nak kondem buat apa.. macam la yang minat aksi tu kerap post benda aksi.. betui..?? pedih sikit la dengar, tapi ni hakikat dari pengamatan saya dalam group tu..

sekian saja bebelan dari saya.. ha.. kita masuk bab kedua..

:: Apa Lagi Boleh Buat? ::

ha.. ni nak habaq mai kat hampa semua.. hampa toksah duk buat lecey... maaf, terkeluaq bahasa utaqa..

ini bukan bebelan, tapi hanya ingin membuka mata anda tentang penggunaan GoPro.. seperti yang saya cakapkan diatas tadi.. GoPro ni merupakan versatile camera.. jadi, ia bukan saja boleh digunakan untuk aksi dan selfie sahaja.. banyak lagi kegunaannya.. apa yang saya nak sampaikan ini adalah dari pengalaman penggunaan saya sendiri.. lain orang, lain kegunaan.. sekarang saya nak kongsikan penggunaan GoPro yang saya miliki ini.. saya nak kongsikan dunia saya dengan anda.. bak kata tagline baru GoPro, "This Is Your Life. Be A Hero."... ini hidup saya, dan ini cara saya jadi hero dalam penggunaan GoPro saya..


sebelum itu, saya kongsikan sedikit latar belakang saya tentang minat dalam kamera ni.. saya memiliki GoPro HERO3+ Black Edition dan GoPro HERO4 Black.. saya kerap ambil gambar secara suka-suka sahaja, dari dulu saya guna telefon Motorola L6 kepada Nokia 5800 kemudian Samsung Galaxy Note II, saya banyak ambil gambar sebab saya sangat suka ambil gambar.. boleh dijadikan kenangan dan dilihat kembali pada masa depan.. tetapi sejak saya memiliki Nokia 5800, minat terhadap gambar dan video menjadi sama banyak.. dan semasa menggunakan Samsung Galaxy Note II sekarang ini pun minat saya lebih kepada video berbanding gambar.. jadi sekarang saya dah pencen ambil gambar dan video dengan menggunakan smartphone, kini GoPro HERO3+ Black Edition dan GoPro HERO4 Black telah menjadi kamera perakam memori saya.. ok cukup berkenaan saya sampai situ..

Berikut merupakan penggunaan GoPro saya..

1. Gambar: Panorama
jika saya ada masa terluang, saya akan keluar ambil gambar di sekitar kawasan Pulau Pinang.. ha.. cheq orang Penang la.. GoPro ni bagus untuk ambil panorama, dapat tangkap view luas gila.. dulu ambil gambar dengan smartphone mana puas.. ni dapat GoPro, pergh!! view hampir seluas mata memandang.. ni contoh gambar yang saya ambil..





2. Gambar: Night Mode / Long Exposure / Light Painting
ha.. ni salah satu mode yang paling jarang pengguna/pemilik GoPro di Malaysia gunakan.. jarang-jarang sekali baru dapat jumpa satu dua posting.. sila main Night Mode.. sia-sia beli GoPro mahal tapi tak reti guna mode ni.. tambah-tambah yang pakai HERO4.. kalau tak guna Night Mode, baik beli HERO3 je.. hahahah.. *sentap*.. jadi, sila main dengan Night Mode.. bila dan tahu apa kegunaannya, boleh mula main dengan long exposure photography.. boleh buat light painting, steelwool photography, atau sekurang-kurangnya belajar tulis nama dengan lampu.. tu paling basic la dalam light painting ni.. saya pernah post berkenaan light painting dan steelwool ni.. boleh baca disini:



ini contoh hasil gambar saya bermain dengan Night Mode..





3. Video
video-video ni biasa la.. hanya shoot, edit potong-potong ambil scene yang menarik, render siap dan upload ke YouTube.. tapi video boeh pecah kepada beberapa jenis jugak.. ada yang buat normal speed video, ada fast motion video, ada slow motion video, ada timelapse video.. macam saya, saya meminati slow motion video dan timelapse video.. saya suka slow motion video, semua nampak style dalam slowmo.. hahhha.. saya suka tengok video timelapse, tapi tak berapa suka buat, sebab, malas tunggu, agak bosan buat video timelapse, tapi seronok tengok hasilnya..

antara video yang saya pernah buat adalah seperti video ride moto dengan kawan-kawan, video event, video bersukan.. ni antara contoh-contohnya la.. boleh tonton lebih banyak video saya di laman YouTube saya melalui tab YouTube diatas dan link ini:


ini contoh apabila saya keluar ride around Penang, saya akan rekod video pada masa-masa tertentu.. selain itu juga, sambil ride, sambil boleh rakam aksi pengguna jalan raya yang lain, boleh juga dijadikan bahan bukti jika ada apa-apa terjadi, ala macam dashcam la.. jadi semasa naik moto ada beberapa pilihan untuk mount GoPro.. boleh mount pada helmet dengan sticky mount dan kombinasi pivot arm, boleh pakai chesty untuk mount pada badan rider, atau mount pada moto menggunakan sticky mount atau handlebar mount.. ini antara video semasa menunggang  moto yang saya buat..



takda moto? naik keta ja? ada juga benda lain bole buat selain selfie dalam kereta mahupun keluar tingkap.. buat timelapse video, lagi sempoi buat long exposure sikit.. contoh macam ni.. ni salah satu idea la untuk anda cuba.. 



saya juga ada rekod video untuk kenangan keluarga guna GoPro.. ni contoh video saya ambil semasa majlis perkahwinan adik saya.. nak upah orang bayar mahal gak apa.. rekod sendiri ja la.. hahahha..



bersukan pun boleh rekod video...


timelapse.. video yang saya tak berapa suka buat, tetapi suka tengok..




dan yang paling amat saya sayangi, saya cintai, adalah video slow motion.. hahahahah.. syok tengok video slowmo.. jangan main-main, GoPro boleh buat video slowmo sampai 10 kali ganda slow.. sila kaji dan belajar...


ni contoh video slowmo yang saya ambil..




maka dengan ini, saya rasa anda akan dapat lihat penggunaan GoPro saya adalah dalam pelbagai jenis aktiviti dan penggunaan.. nak kelaskan saya dalam kategori guna macam mana..?? saya buat semua sekali yang ada dalam GoPro.. saya kaji habis semua fungsi dia.. saya guna habis semua mode dia.. sebab apa..?? sebab nak beli bukan murah.. benda ribu-ribu.. bukan 1k ja ye... ekekeke.. lebih 1.5k... haahhha.. 

:: Penutup ::

sekarang saya nak tanya, kalau setakat guna untuk selfie saja, berbaloi ka beli GoPro..?? kalau setakat buat aksi saja, cukup ka..?? cukup habis guna dah ka kalau hanya guna untuk selfie atau aksi sahaja..?? tidak.. mohon kaji dan belajar GoPro anda.. tingkatkan pengetahuan tentang GoPro anda.. terus terang cakap la, rugi kot kalau tak reti guna fungsi-fungsi lain yang ada dalam GoPro tu.. 

saya juga tahu, kita semua tak sama, semua punya minat berbeza.. ini sekadar pembuka idea untuk semua.. seperti anda sedia maklum, banyak gambar selfie di dalam group GoPro Malaysia tu.. post-post berilmiah, tips & trick, post aksi, akan tenggelam punya.. sebab apa..?? post selfie memang banyak, tambah-tambah ada awek cun pulak, piiiiii, ribu-ribu punya like.. jumlah lke lagi banyak dari harga GoPro tu sendiri..

kepada yang meminati gambar dan video aksi, jangan hanya cakap dan condemn saja.. cakap kosong tak guna geng.. kita cakap saja pandai, tapi tak ada post atau kongsi hasil diri sendiri pun tak guna.. jadi, kalau nak bagi group tu balance dengan selfie dan aksi, rajin-rajin la post benda aksi..

satu lagi, mohon jangan cetekkan pimikiran anda hanya pada aksi atau selfie sahaja.. banyak benda lagi boleh buat.. sedangkan GoPro sendiri pun banyak kategori dia promote.. buka la web GoPro, tengok dalam bahagian Channel.. tengok gambar apa dia kongsi, tengok video apa dia kongsi, tu semua hasil dari pengguna seluruh dunia.. buka mata, buka minda.. belajar dari orang lain sama.. lama-lama kita pun pandai la.. 

akhir kata, majulah GoPro untuk semua.. hahahah.. toya la ayat.. tak da la.. 

sekali lagi, ingat:

1. GoPro ni "The World's Most Versatile Camera", jadi dia boleh buat apa saja, pelbagai guna ikut kehendak pengguna..
2. "This Is Your Life. Be A Hero."... jangan hanya jadi hero dibawah tempurung.. sila explore dunia luar..

tu saja.. sekian bebelan dari saya yang masih nubis kubis tapi tak makan sayur.. saya pun masih belajar pasal GoPro.. saya pun mohon tunjuk ajar dari semua..salah silap kata-kata saya, mohon ampun.. blog ni pun akan tutup tak lama lagi.. sia-sia kongsi tapi tak ada orang nak follow.. hmmm..

tak da la.. saja ja.. saya suka-suka ja tulis panjang-panjang ni.. bukan apa, saya berkongsi apa yang saya belajar masa guna GoPro ni sebagai macam satu give back to community la.. sama-sama tolong sesama kita.. sharing is caring.. mohon jangan jadi toya mat amin, berlagak sombong.. ada ilmu sikit, kita kongsi.. hari ni kita share dengam orang, esok-esok orang share dengan kita..

sekian saja, terima kasih kerana sudi membaca.. diharap agar anda dapat belajar sesuatu yang baru dari post ini.. seperti biasa, ini semua pendapat saya, cadangan saya, buah pikiran saya, dan saya juga ada salah.. ini adalah pendapat peribadi saya serta ilmu-ilmu saya saya pelajari.. apa yang saya suka dan fikir, tidak semestinya anda juga suka dan fikir..  apa-apa pun, saya sudi menerima feedback, komen, cadangan dan pandangan dari anda untuk sama-sama kita memperluaskan minda kita disamping meningkatkan ilmu yang ada..

Terima kasih.. Assalamualaikum..

You Might Also Like

3 comments