GoPro: Pengiraan Slow Motion

Rabu, Jun 03, 2015

akhirnya.. ada masa jugak nak taip dan buat pengiraan ni.. post kali ni bertujuan untuk nak cerita sikit pasal slowmotion.. saya pun ada buat beberapa video slowmotion.. tapi bukan semua jenis FPS la yang saya guna.. saya cuma buat yang paling slow saja.. boleh tonton video tu kat sini..

Video 1 : 720p - 240fps - 10x slow

Video 2 : 720p - 240fps - 10x slow

Video 3 : 1080p - 120fps - 5x slow

okay.. sekarang nak cerita bagaimana nak tentukan penggunaan FPS yang baik dan betul, serta bagaimana nak jadikan dia perlahan pada kadar yang betul.. sekarang kita cerita pasal "do it right" dulu okay, buat yang betul dulu.. bab-bab Flux atau Twixtor tu nanti cerita..


** nilai gandaan slowmotion = makin banyak, makin slow **
** nilai peratusan = makin sikit, makin slow **
** jangan tanya, "bro, takda pun nilai FPS tu dalam gopro saya.." ye.. ni jumlah semua FPS termasuk dalam mode NTSC dan PAL.. **  
** saya tarik keluar dari Hero4 sahaja, tapi Hero3+ Black Edition ada juga 100fps**

merujuk jadual saya saya dah buat diatas ni.. ia menunjukkan kelajuan, atau keperlahanan, (errr, betui ka ni..??) video dan juga peratusan yang perlu digunakan untuk mencapai gandaan perlahan video tersebut mengikut FPS tertentu.. faham tak..?? apa yang saya bagi ni adalah secara keseluruhan, saya akan jelaskan dan bagi cadangan penggunaan yang baik.

okay.. sekarang saya jelaskan dahulu tentang jadual ni.. macam ni.. kalau kita set 240fps.. kemudian kita nak buat output video 24fps masa dalam editing (dalam Adobe Premiere Pro atau GoPro Studio), kita boleh jadikan video tu paling maksima perlahan adalah sehingga 10 kali ganda perlahan dengan tetapkan speed dia pada 10%... jadi dengan itu, pergerakan video tu akan menjadi 10 kali ganda perlahan..

kalau kita set 120fps.. kemudian nak buat output video 30fps dalam editing, kita boleh jadikan video tu paling maksima perlahan adalah sehingga 8 kali ganda perlahan dengan tetapkan speed dia pada 12.5%.. jadi dengan itu, pergerakan video tu akan menjadi 8 kali ganda perlahan..

harap faham yang tu, dan begitu juga dengan yang lain.. ok.. sekarang mungkin anda tertanya-tanya, "apa bezanya kalau buat video 24fps lepas tu gopro set 120fps, masa edit set speed dia jadi 10% juga..".. okay, macam ni.. untuk video playback yang baik, kita kena jadikan output video tu pada paling kurang 24fps.. kalau nilai fps rendah dari tu, video akan kelihatan choppy yakni macam sangkut-sangkut..

jadi, pengiraannya adalah, untuk nak tengok berapa slowmotion video tu pada fps video yang kita nak:
  • FPS kamera bahagi dengan FPS video output (FPS kamera / FPS video output)
    • 240fps bahagi 24 fps = 10 kali ganda perlahan
    • 120fps bahagi 24 fps = 5 kali ganda perlahan

ok, sekarang kita nak tengok peratusan yang kita nak guna tu sesuai atau tidak, dengan kira macam ni:
  • FPS kamera darab peratusan speed (FPS kamera x Speed (%))
    •  240fps darab 10% = 24fps
    • 120fps darab 10% = 12fps
ha... sekarang nampak tak kenapa 120fps tak boleh guna speed 10%..?? sebab fps akhir dia akan jadi 12fps sahaja.. jadi ia tak sesuai dan akan menjadikan video tu choppy dan nampak sangkut-sangkut.. jadi, jadual yang saya buat tu adalah untuk memudahkan anda lihat semua jenis FPS yang ada kemudian buat keputusan dan pilih sahaja yang mana nak guna.. 

oh, pening nak pilih mana satu.. ye la kan, banyak la sangat.. sekarang saya kongsi cadangan penetapan yang baik, dan saya sendiri hanya guna dan akan guna setting ini sahaja..


jadual di atas menunjukkan nilai FPS yang patut anda guna dan saya sendiri guna.. 2 kali ganda, 2.5 kali ganda, 5 kali ganda dan 10 kali ganda... guna ni dah cukup cantik.. 

okay, sekarang, masa bila nak guna slowmotion ni... jawapannya, terpulang pada output video yang anda nak buat.. ambil contoh Video 1 dan Video 2 di atas, saya buat keseluruhan video tu 10 kali ganda perlahan, manakala Video 3 hanya pada masa tertentu sahaja.. 

macam mana nak pilih nilai gandaan perlahan slowmotion ni..?? ikut kelajuan scene video tu.. pada saya, untuk scene yang ada pergerakan manusia, cukup hanya guna 5x, 2.5x dan 2x sahaja.. untuk aktiviti aksi atau sukan, boleh guna 10x dan 5x...

 apa yang berlaku semasa slow motion ni..?? apa yang berlaku adalah, masa akan diperlahankan.. jadi anda boleh rujuk gandaan slowmotion yang saya bagi tu untuk mendapatkan masa video anda.. contoh: video aksi kereta drift.. katakan kereta tu mula drift dari point A ke point B, dalam masa sebenar ia ambil masa 2saat.. jika anda guna 240fps dan anda perlahankan video tu 10x ganda, video and yang hanya 2saat tadi akan menjadi 20saat.. masa itu akan ditarik menjadi perlahan, dan anda akan dapat lihat kereta itu drift dari point A ke point B tadi dalam masa 20saat.. style kan..??

jadi.. jangan la pi rekod video 240fps dengan durasi 3minit, lepas tu jadikan 10 kali ganda perlahan pulak.. nanti video tu akan jadi 30minit.. sapa nak tengok benda yang berlaku pada masa sebenar hanya 3minit dijadikan sampai 30 minit tu.. jadi slowmotion ni sesuai digunakan pada masa2 tertentu atau anda nak buat ala-ala bajet cinematic slowmotion video la.. macam yang saya buat Video 1 tu.. ha.. hujung Video 1 tu ada masa sebenar video tu.. kalau tak silap saya, video asal hanya 1.5saat sahaja, bila buat 10x slowmotion jadi 15saat setiap shot, kecuali part yang last timbang bola tu..

habis bab "do it right", buat dengan betul ni.. kalau anda guna nilai FPS dan peratusan speed yang saya bagi tadi, masa edit guna Adobe Premiere Pro, anda TIDAK perlu guna plugin Twixtor, dan jika anda edit guna GoPro Studio, anda TIDAK perlu guna Flux.. sebab nilai FPS dah memang cukup..

ok.. sekarang kita berbalik kepada cerita tak cukup FPS.. tadi saya bagi tau kalau kita set 120fps pada kamera kemudian nak jadikan 10x perlahan, FPS akan tinggal 12fps sahaja.. disinilah kegunaan Flux dan Twixtor ni.. apa yang Flux ni buat adalah, dia akan analyze video kita frame demi frame dan akan tambah frame yang tak cukup tu supaya video akan jadi smooth dan playback dia tidak lagi choppy dan sangkut-sangkut..

Laman web: What is Studio Flux and How Does it Work?

sekarang tengok ye.. kita rekod 120fps, kemudian dalam GoPro Studio kita set speed 10%, video tu akan jadi 12fps, betul...?? tandakan tick pada kotak Flux tu supaya dia akan bantu tambah frame tu.. dengan setting ini, jika kita export video tu kepada 24fps, Flux kena analyze 12 frame tu, dan kena tambah lagi 12 frame baru pada setiap selang 1 frame supaya jadi 24 frame per saat.. nampak tak..?? dan kalau anda export video tu kepada 30fps, Flux kena tambah lagi 18 frame pulak.. bila banyak frame Flux ni nak kena tambah, makan lama la masa nak export atau render video tu..

sebab itu la saya pernah cakap sebelum ini, guna Flux bila perlu sahaja.. masa feature Flux ni mula2 keluar dulu, ramai duk on Flux, lepas tu komplain lambat.. ha.. tengok dulu, bila masa nak guna.. saya rasa la kan, yang jadi kes lambat tu, mesti dia rekod video 30fps, lepas tu pegi export video tu jadi 60fps.. ha.. sakit la engkau nak tunggu Flux analyze 30 frame dan tambah lagi 30 frame dalam video tu..

maka dengan ini, saya harap anda faham apa kegunaan Flux ni, bagi yang edit video guna GoPro Studio la.. tetapi, saya cadangkan belajarlah guna Sony Vegas.. simple juga perisian tu.. bukan apa, GoPro Studio ni lecehnya sebab nak kena convert video yang kita import tu dulu lah bagai.. entah apa-apa.. apa-apa pun, terpulang kepada anda, yang mana anda rasa senang, anda guna..

okay lah.. terima kasih kerana sudi membaca post kali ni.. agak panjang juga post ni.. seperti biasa, ini semua pendapat saya, cadangan saya, buah pikiran saya, dan saya juga ada salah.. ini adalah pendapat peribadi saya serta ilmu-ilmu saya saya pelajari.. apa yang saya suka dan fikir, tidak semestinya anda juga suka dan fikir..  apa-apa pun, saya sudi menerima feedback, komen, cadangan dan pandangan dari anda untuk sama-sama kita memperluaskan minda kita disamping meningkatkan ilmu yang ada..

sekian, terima kasih...

You Might Also Like

0 comments