GoPro: Vape Smoke In Slow Motion

Isnin, Ogos 31, 2015


Satu lagi video slow motion yang diambil malam tadi.. kali ni buat video hitam putih pulak.. saja la.. nak bagi asap tu nampak dengan lebih menarik, dan saja dan test LUT hitam putih ni..

ada 3 footage dalam video ni.. footage pertama dan kedua menggunakan penetapan yang sama, iaitu 2.7k-60fps (ini merupakan penetapan selalu yang saya guna) dan footage ketiga menggunakan 1080p-120fps.. disebabkan saya telah menggunakan framerate yang tinggi, jadi video ini agak gelap.. dan apabila saya cerahkan semasa proses suntingan, telah ada noise pada video.. tapi tak mengapa, agak ok la, nampak macam video zaman dulu, zaman hitam putih..

semua video itu telah diletakkan pada timeline 1080p-24fps.. jadi saya dapat memperlahankan video pertama dan kedua kepada 40% (bersamaan 2.5 kali ganda perlahan) kelajuan main-balik, manakala video ketiga pada 20% (bersamaan 5 kali ganda perlahan) kelajuan main-balik.. hasil amat memuaskan, tetapi agak gelap.. saya mungkin akan buat lagi pada waktu siang dan akan menggunakan 240fps pula untuk masa akan datang.. jadi tunggu video Vape Smoke in 240fps, yang entah bila nak shoot.. hehe..

terima kasih kerana membaca..

You Might Also Like

0 comments