Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

GoPro: Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia, Pulau Pinang

Imej
Saja pi shoot sikit hari tu.. sebelum ni saya ada buat 10x slow.. tapi kali ni buat 5x slow motion saja.. sebab nak buat video 1080p.. slow pada moment tertentu saja.. simple and quick editing saja ni.. harap tonton..

Peralatan: Hero4 Black, the frame, lens protector, tripod mount, tripod.

Penetapan: 1080p, 120fps, Protune On with Flat Color.

Suntingan: Adobe Premiere Pro.

GoPro: Edit Gambar Guna Snapseed

Imej
ada beberapa orang yang pernah bertanyakan kepada saya.. 
"kenapa gambar yang saya ambil banyak yang warna pudar dan kurang warna..??"
salah satu seba sebenarnya adalah penggunaan ISO pada GoPro.. kebanyakan gambar yang saya ambil pin banyak yang warna pudar dan kurang contrast.. tapi kena tahu kenapa.. kebanyakan gambar jadi begitu adalah ketika anda berada di kawasan terlalu cerah.. dan default ISO pada GoPro adalah 100.. agak tinggi untuk kawasan cerah sebenarnya.. dan telefon pintar sendiri menggunakan ISO 80 ketika di kawasan cerah atau panas matahari.. jadi sebenarnya, tiada apa-apa masalah dengan kamera GoPro anda.. cuba bandingkan dengan shot di kawasan yang rendah cahaya, okay ja kan...
ok.. sekarang saya nak kongsi, apa yang anda boleh terus buat dengan gambar-gambar anda yang kurang warna (pudar) dan kurang contrast ni.. saya cadangkan anda memuat-turun aplikasi Snapseed dari Playstore atau Appstore.. aplikasi ni popular di kalangan orang yang suka edit gambar..

GoPro: Light Painting

Imej
ok.. sebenarnya dah lama nak taip pasal light painting ni.. tapi masih belum puas hati dengan sumber cahaya yang saya ada.. baru-baru ni saya dah beli LED strip pendek dan hasil agak memuaskan.. oh ya, kepada pengguna GoPro edisi bukan Hero4, saya mintak maaf, ini hanya untuk Hero4 sahaja, Black dan Silver.. 
** ada beberapa HACK yang boleh menjadikan Hero3 boleh ambil long exposure, long shutter, light painting ni, cari sendiri.. sendiri buat, sendiri tanggung.. **
ok, nak tahu apa benda light painting ni, boleh google kot.. dia ni merupakan salah satu teknik fotografi la.. saya kurang arif bab-bab teori ni.. sekadar buat saja, tahu la.. secara asasnya, nak dapat benda ni, adalah dengan membuka shutter kamera dengan lebih lama dari mengambil gambar biasa.. boleh juga dibuat dengan DSLR dan juga telefon pintar dengan aplikasi kamera yang mempunyai kawalan shutter.. biasanya orang panggil long exposure atau long shutter la.. tapi kali ni sebab kita nak lukis benda guna cahaya kan, jadi…

GoPro: Setting-On-The-Go

Imej
ok.. dah banyak orang tanya.. apa setting yang bro guna untuk video-video bro, apa setting untuk itu dan ini, bla bla bla apa semua.. jadi post kali ini saya nak kongsi penetapan (setting) yang saya guna dan yang saya cadangkan untuk anda guna.. Penetapan yang saya guna:Video : Resolution : 2.7KFPS : 24FOV : WLow Light : N/ASpot Meter : OFFProtune : ONWhite Balance : AutoColor : FlatISO Limit : 1600Sharpness : LowEV Comp : 0 Nota: 
2.7K - saya akan render 1080p, dan saya dapati footage akan kelihatan lebih sharp. 24fps - untuk kelihatan cinematic.. 30fps akan nampak biasa.. dan saya akan guna fps yang lebih tinggi untuk slowmotion Flat Color  - footage dari gopro akan jadi kurang warna dan pudar supaya senang saya nak buat color correction dan color grading.. Low Sharpness - saya akan tajamkan kembali video semasa post-production.. ini memberi saya fleksibiliti untuk tajamkan video..

Photo - Mode: Single :
 Resolution : 12MPSpot Meter : OFFProtune : ONWhite Balance : AutoColor :GoPro Color…

GoPro: Night Lapse Drive

Imej
Peralatan: GoPro Hero4 Black GoPro Suction Cup
Penetapan: Multi-shot: Night Lapse Mode Shutter: 2 sec Interval: Continuous Megapixel: 12MP Spot meter: OFF Protune: ON White Balance: 5500K Color: GoPro Color ISO: 100 Sharpness: Medium EV Comp: N/A
Perisian: Adobe Premiere Pro CS6
Keterangan: Video ini merupakan video yang saya saja-saja buat semasa memandu dari Tol Jawi hingga Machang Bubok, Pulau Pinang. Saya menggunakan peralatan seperti yang dinyatakan di atas dengan memasang kamera pada suction cup dan dilekatkan pada bahagian tengah cermin hadapan kenderaan saya, supaya tidak menganggu penglihatan ketika memandu.
Kepada yang bertanya, "eh, kenapa tak guna mode Timelapse Video yang baru tu?", ini jawapan saya, mode itu tidak boleh ubah setting seperti Night Mode, Timelapse Video hanya boleh ubah Interval dan Resolution sahaja. jadi untuk buat timelapse video pada waktu malam, adalah digalakkan menggunakan mode Night Lapse ini. Jadi, anda perlu melakukan proses editing untu…