Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Sunrise to Sunset Timelapse

Imej
Salam semua. Untuk penulisan kali ini, saya sekedar membantu rakan yang bertanya di Facebook tentang bagaimana untuk mendapatkan rakaman timelapse dari sunrise hingga sunset. Terus terang saya cakap, agak sukar untuk dapatkan video macam itu dengan menggunakan GoPro , kerana ada banyak benda yang perlu dijaga. Saya sendiri pun belum pernah cuba buat timelapse yang durasi panjang begini. Anda boleh lihat video-video timelapse saya di YouTube , Facebook atau Instagram , semuanya timelapse yang pendek sahaja. Kita bincang pasal itu kemudian. Sekarang saya hendak kongsikan dahulu bagaimana setting untuk dapatkan rakaman ini. Kita ambil kiraan masa sunrise hingga sunset, dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam , iaitu 14 jam .  Saya mencadangkan untuk anda mengunakan mode Time Lapse Photo , kerana Time Lapse Video akan memakan storan yang banyak. Setting yang paling penting disini adalah setting untuk Interval, iaitu selang-masa yang camera anda ambil untuk setiap snap gamba