Sunrise to Sunset Timelapse

Salam semua.

Untuk penulisan kali ini, saya sekedar membantu rakan yang bertanya di Facebook tentang bagaimana untuk mendapatkan rakaman timelapse dari sunrise hingga sunset. Terus terang saya cakap, agak sukar untuk dapatkan video macam itu dengan menggunakan GoPro, kerana ada banyak benda yang perlu dijaga. Saya sendiri pun belum pernah cuba buat timelapse yang durasi panjang begini. Anda boleh lihat video-video timelapse saya di YouTube, Facebook atau Instagram, semuanya timelapse yang pendek sahaja. Kita bincang pasal itu kemudian. Sekarang saya hendak kongsikan dahulu bagaimana setting untuk dapatkan rakaman ini.

Kita ambil kiraan masa sunrise hingga sunset, dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam, iaitu 14 jam

Saya mencadangkan untuk anda mengunakan mode Time Lapse Photo, kerana Time Lapse Video akan memakan storan yang banyak.

Setting yang paling penting disini adalah setting untuk Interval, iaitu selang-masa yang camera anda ambil untuk setiap snap gambar. Dalam camera GoPro anda terdapat 0.5sec, 1 sec, 2 sec, 5 sec, 10 sec, 30 sec, dan 60 sec.

Okay, mari kita pecahkan fakta yang kita ada sekarang.

6:00 am - 8:00 pm = 14 hr
14 hr x 60 min= 840 min
840 min x 60 sec= 50,400 sec

Jika kita menggunakan interval seperti berikut, anda akan dapat jumlah gambar:

0.5 sec = 100,800
1 sec = 50,400
2 sec = 25,200
5 sec = 10,080
10 sec = 5,040
30 sec = 1,680
60 sec = 840

Sekarang kita kira durasi video yang boleh kita dapatkan dari jumlah gambar di atas. Saya ambil kira video yang frame per second (FPS) nya 30FPS.

100,800 = 3,360 sec = 56 min
50,400 = 1,680 sec = 28 min
25,200 = 840 sec = 14 min
10,080 = 336 sec = 5 min 36 sec
5,040 = 168 sec = 2 min 48 sec
1,680 = 56 sec = 0 min 56 sec
840 = 28 sec = 0 min 28 sec

Memang banyak pengiraannya. Kat blog saya ni, saya nak bagi value pada pembaca. Jadi saya suka breakdown setiap satu. Kalau saya bagi terus yang mudah, nanti anda tak dapat belajar pulak. Okay, sekarang saya akan letak dalam jadual la untuk senang lihat.

Jadual Ringkasan
Berdasarkan jadual di atas anda sudah boleh buat setting mengikut kemahuan anda. tetap anda harus ingat beberapa perkara. Saya mencadangkan untuk anda menggunakan interval 5sec, 10sec dan 30sec. Jika anda hendak kongsikan di YouTube dan Facebook, gunakan interval 5sec atau 10sec, dan gunakan interval 30sec untuk Instagram.

Satu perkara yang anda perlu fahami disini, ini adalah berdasarkan pengiraan untuk 14jam tadi. Jadi jika anda menggunakan interval pendek, pergerakan dalam video anda akan jadi sangat pantas.

Sebelum memilih interval tadi, ada perkara penting yang perlu anda tahu dan pentingkan, iaitu storage kerana ia juga berkait dengan jumlah keping gambr yang akan di ambil. Purata kasar sekeping gambar timelapse adalah 3-5MB, kita ambil kira 3MB. Jadi jumlah size yang anda perlukan:

Ha, disini kita dapat lihat, tak semua interval sesuai untuk kita gunakan. Biasanya anda akan mempunyai memory card sebesar 64GB atau 32GB. Setahu saya card 32GB mempunyai 29GB storage sebenar, manakala card 64GB mempunyai 58GB storage sebenar. jadi disini anda hanya boleh menggunakan Interval 5sec, 10sec, 30sec dan 60sec sahaja.

Berdasarkan kedua-dua jadual diatas, saya secara peribadi mencadangkan anda untuk menggunakan 5sec. Pada pendapat saya Interval 5sec adalah yang trebaik. Ini kerana anda akan mendapatkan lebih banyak jumlah gambar. Dari segi durasi, kita boleh mempercepatkan video semasa dalam editing. Jadi gunakanlah Interval 5sec.

Okay, habis cerita bab setting Interval. Sekarang kita cerita bab pengunaannya pulak. Logiknya, shoot 14jam ni memang sangat lama. Jika anda pernah buat shooting lama-lama, anda akan tahu bahawa GoPro kita akan menjadi panas. Apabila terlalu panas, ia akan tutup (turn-off) sendiri. Jadi, isu camera anda menjadi panas ini susah untuk kita nak kawal. Apa yang saya boleh cadangkan, anda mungkin boleh letakkan kipas dan halakan kepada camera anda, dengan harapan dapat membantu sejukkan dan kurangkan haba.

Satu lagi bab battery. memang sudah pasti dan semestinya battery sebiji dalam camera itu tidak akan tahan selama 14jam. jadi cadangan saya, anda cabut sahaja battery, dan gunakan direct power ke USB charging nya. Paling mudah, gunakan powerbank. Nak guna berapa besar mAh dia, saya tak pasti. Jadi gunakanlah powerbank size besar yang anda miliki. 

Kesimpulan, saya rasa untuk shoot timelapse 14 jam ini adalah sesuatu yang boleh dibuat dengan menggunakan GoPro jika kita dapat kawal situasinya. Untuk itu, selamat mencuba. Saya re-cap sikit penulisan ini dibawah.
  • Camera: GoPro
  • Model: mana-mana yang ada Photo Timelapse Mode
  • Mode: Time Lapse Photo
  • Interval Setting: 5 sec
  • Jangan guna battery, gunakan powerbank
  • Letak kipas untuk sejukkan, atau shoot indoor yang sejuk

Nota:
Saya belum pernah cuba shoot timelapse macam ni. InsyaAllah, saya cuba. Tapi mungkin shoot indoor (dalam rumah) sahaja. Saja nak tengok benda ni posible atau tidak. Jangan lupa follow saya di semua media social saya. Salam.

Ulasan