Pendapat awal: GoPro HERO5 Black

Selasa, September 20, 2016

: : GoPro HERO5 Black : :

Pendapat awal:

1. Rupanya masih hanya 4K-30fps video yg sama seperti HERO4 Black. Tapi tak tau la kot boleh buat 60fps dan keatas, kalau boleh, baru la ada improvement dalam video, kalau tak memang sama ja la dengan HERO4.

2. Ada digital image stabilization, baik untuk stabilkan video handheld, tapi tu pun bukannya sambil berlari.

3. Body dia buat macam HERO yg entry level tu, waterproof out of the box, tak perlu housing apa semua.

4. Ada touchscreen kat belakang.

So far, itu saja kot. Kalau ikut penggunaan saya:

1. Syukur dapat memiliki HERO4 Black sebab pun sama ja dengan HERO5 Black boleh buat 4K-30fps. Itu pun, saya sangat jarang guna 4K sebab size file yg besar dan memakan masa utk edit dan export video tu.

2. Saya banyak shoot on stabil form, yakni guna tripod dan 3-Way, jadi terperlu pun image stabilization tu. Kalau ride naik moto pun,so far ok ja footage.

3. Body dia macam mana pun saya tak kisah, saya sendiri jarang sangat shoot dalam air. Dan waterproof housing pun ada banyak. Dan saya sendiri banyak menggunakan The Frame ja. Nak shoot luar air, amatlah digalakkan menggunakan The Frame sebb faktor panas. Kalau nak shoot guna waterproof housing tu luar air, pakai la yg skeleton/open backdoor.

4. Salah satu punca HERO4 Silver punya bateri cepat habis dan kamera cepat panas adalah touchscreen kat belakang tu. Tapi bagaimanapun, feature ni tetap bagus utk pengguna baru, senang nak cari mode, tukar setting dan preview gambat dan video. Saya menggunakan LCD TouchScreen atau GoPro Apps saja utk preview.

Tu ja la kot pendapat awal saya tentang HERO5 Black. Kalau org tanya takmau jual HERO4 Black atau HERO3+ Black Edition saya tu utk beli HERO5 Black, jawapan saya, tak berbaloi, sebab sedikit sangat improvement bagi penggunaan saya.

Jadi yg memiliki HERO4 Black tu, tak perlu upgrade pun tak apa. Kalau memiliki HERO4 Silver tu, tanya diri anda, nak shoot 4K jugak ka? Pengguna HERO4 Black pun jarang guna 4K, banyak masih guna 1080p ja.

Sekian.


You Might Also Like

0 comments