GoPro: Setting-On-The-Go V2

Ahad, Ogos 02, 2015

Untuk post kali ini, saya nak kongsikan kemaskini penetapan (setting) yang saya gunakan sekarang.. ada sedikit perubahan dari apa yang saya gunakan sebelum ini, boleh rujuk di post ini:

GoPro: Setting-On-The-Go 

ok, berikut merupakan penetapan yang saya gunakan sekarang:

Video :
  • Resolution : 2.7K
  • FPS :60
  • FOV : W
  • Low Light : N/A
  • Spot Meter : OFF
  • Protune : ON
  • White Balance : Auto
  • Color : Flat
  • ISO Limit :800 (pencahayaan cerah) dan 3200 atau 6400 (waktu malam)
  • Sharpness : Low
  • EV Comp : -0.5 atau -1 (jika terlalu terang pada waktu siang)  
Nota: 

60fps - ini perubahan yang telah saya buat.. dulu saya hanya menggunakan 24fps.. sekarang saya tetapkan terus kepada 60fps.. akan tetapi saya masih akan render pada 24fps.. saya terus tetapkan pada 60fps, supaya senang saya hendak membuat video perlahan semasa proses suntingan.. terus rakam pada framerate tinggi, dan saya tidak perlu mengubah penetapan ini lagi..

 Photo - Mode: Single :
  •  Resolution : 12MP
  • Spot Meter : OFF
  • Protune : ON
  • White Balance : Auto
  • Color :GoPro Color
  • ISO Limit : 400
  • Sharpness : Medium
  • EV Comp : -0.5 atau -1
Photo - Mode: Night:
  • Shutter : Auto **Ikut keadaan pencahayaan**
  • Resolution : 12MP W
  • Spot Meter : OFF
  • Protune : ON
  • White Balance : 5500K
  • Color : GoPro Color
  • ISO Limit : 100 **Ikut keadaan pencahayaan**
  • Sharpness : Medium
  • EV Comp : N/A  
Nota :

Shutter & ISO Limit - Untuk gambar waktu malam, guna Auto sahaja, jika masih gelap, tingkatkan nilai ISO.. saya selalu akan limitkan ISO kepada 200 atau 400 sahaja, kerana makin tinggi ISO, makin banyak noise.. selalunya saya akan tetapkan nilai ISO pada 100 dan Shutter AUTO untuk shot biasa pada waktu malam di kawasan berlampu, contohnya pesta, kedai makan.. makin tinggi nilai shutter, makin lama kamera akan ambil masa untuk ambil gambar dan segala pergerakan akan menjadi blur.. jadi untuk shot waktu malam, pastikan kamera stabil, atau guna tripod, gopro 3-way, letak kat mana-mana, dan lain-lain.. jika nak buat light painting gunakan nilai shutter yang lebih tinggi supaya sempat paint dan pastikan berada di tempat gelap..

You Might Also Like

0 comments