GoPro: Night Lapse Drive

Isnin, April 06, 2015


Peralatan:
GoPro Hero4 Black
GoPro Suction Cup

Penetapan:
Multi-shot: Night Lapse Mode
Shutter: 2 sec
Interval: Continuous
Megapixel: 12MP
Spot meter: OFF
Protune: ON
White Balance: 5500K
Color: GoPro Color
ISO: 100
Sharpness: Medium
EV Comp: N/A

Perisian:
Adobe Premiere Pro CS6

Keterangan:
Video ini merupakan video yang saya saja-saja buat semasa memandu dari Tol Jawi hingga Machang Bubok, Pulau Pinang. Saya menggunakan peralatan seperti yang dinyatakan di atas dengan memasang kamera pada suction cup dan dilekatkan pada bahagian tengah cermin hadapan kenderaan saya, supaya tidak menganggu penglihatan ketika memandu.

Kepada yang bertanya, "eh, kenapa tak guna mode Timelapse Video yang baru tu?", ini jawapan saya, mode itu tidak boleh ubah setting seperti Night Mode, Timelapse Video hanya boleh ubah Interval dan Resolution sahaja. jadi untuk buat timelapse video pada waktu malam, adalah digalakkan menggunakan mode Night Lapse ini. Jadi, anda perlu melakukan proses editing untuk menjadikannya video.

Untuk jadikan video timelapse ini, saya menggunakan perisian Adobe Premiere Pro CS6. Ya betul saya lebih gemar menggunakan Sony Vegas Pro 13 untuk melakukan video editing, akan tetapi saya akan menggunakan Adobe Premiere Pro CS6 jika membuat video timelapse kerana ia memudahkan kerja saya, ini kerana dalam Sony Vegas Pro 13 agak sukar membuat video timelapse.

Jumlah gambar yang diambil adalah lebih kurang 650 keping (seingat saya), dan saya import masuk ke dalam perisian tersebut. Untuk memudahkan kerja saya, saya akan membuat 2 file Sequence di dalam fail projek saya, yang mempunyai penetapan seperti berikut:
  • Sequence 1: 4000x3000 | 25fps
  • Sequence 2: 1920x1080 | 25fps
Kemudian, saya masukkan semua gambar tadi ke dalam Sequence 1. Dengan ini saya akan mendapat 1 durasi video yang panjang kerana setiap gambar yang dimasukkan ke dalam timeline sequence akan menjadi 5 saat untuk setiap gambar. Jadi timelaine saya sudah menjadi 54 minit. Selepas itu saya heret dan letakkan fail Sequence 1 ke dalam Sequence 2 untuk memudahkan saya untuk memanipulasi masa main-balik (kelajuan main-balik).

Jadi dengan 650 keping gambar, saya mahu jadikan kepada video yang memain-baik 25fps, jika mengikut kiraan, saya akan dapat 26 saat main balik, iaitu dengan mengira 650 bahagi 25, anda akan dapat berapa saat main-balik. Akan tetapi perisian pun memiliki limit. jadi ia mampu cepatkan kepada 32 saat dan itu dah cukup baik kerana perbezaannya tidak ketara. 

Selepas itu, saya hanya buat touch-up pada gambar dengan memasukkan effect seperti RGB Curve untuk membuat pemanipulasian sedikit pada warna, supaya ia kelihatan lebih menonjol, jelas dan meningkatkan contrast. Dan juga saya memasukkan lagu latar belakang dan video intro saya. Selepas itu saya render video pada resolution 1080p.

Jangan lupa tonton video tersebut dalam resolution tinggi, kalau boleh 480p dan ke atas. Like video jika anda suka, Comment pada video jika anda inginkan berkongsi sesuatu, dan juga Share video jika anda ingin berkongsi penulisan ini dengan orang lain.

Terima Kasih.

You Might Also Like

0 comments