GoPro: Edit Gambar Guna Snapseed

Sabtu, April 25, 2015

ada beberapa orang yang pernah bertanyakan kepada saya.. 

"kenapa gambar yang saya ambil banyak yang warna pudar dan kurang warna..??"

salah satu seba sebenarnya adalah penggunaan ISO pada GoPro.. kebanyakan gambar yang saya ambil pin banyak yang warna pudar dan kurang contrast.. tapi kena tahu kenapa.. kebanyakan gambar jadi begitu adalah ketika anda berada di kawasan terlalu cerah.. dan default ISO pada GoPro adalah 100.. agak tinggi untuk kawasan cerah sebenarnya.. dan telefon pintar sendiri menggunakan ISO 80 ketika di kawasan cerah atau panas matahari.. jadi sebenarnya, tiada apa-apa masalah dengan kamera GoPro anda.. cuba bandingkan dengan shot di kawasan yang rendah cahaya, okay ja kan...

ok.. sekarang saya nak kongsi, apa yang anda boleh terus buat dengan gambar-gambar anda yang kurang warna (pudar) dan kurang contrast ni.. saya cadangkan anda memuat-turun aplikasi Snapseed dari Playstore atau Appstore.. aplikasi ni popular di kalangan orang yang suka edit gambar..

saya tak nak lah ajar cara nak guna apps ni.. anda kena belajar sendiri,, senang ja.. pilih tool apa nak guna, swipe atas dan bawah untuk ubah feature dan swipe kira dan kanan untuk ubah value positif atau negatif..

berikut merupakan setting yang selalunya saya guna untuk edit gamabr saya jika saya menggunakan Snapseed..

Tool
Tune Image
Contrast = +35
Saturation = +50
Ambiance = +50
Shadows = +30
Highlight = -30

Details
Structure = +20
Sharpening = +20

Vignette
Outer Brightness = -75

**Nota:
nilai tambahan dan pengurangan ini adalah bergantung kepada gambar.. anda boleh gunakan sebanyak mana yang boleh dan perlu mengikut citarasa anda.. contoh, jika anda rasa warna masih pudar, anda boleh tingkatkan nilai pada Saturation..

Detail - saya telah menetapkan Sharpness dalam penetapan GoPro saya kepada Medium, sebab itu saya tambah Sharpening semasa edit.. jika anda sudah menggunakan Sharpness pada High di dalam kamera, anda hanya perlu tambah nilai Structure sahaja..

Vignette - saya suka vignette.. i love it...!! ia akan mengelapkan bahagian tepi gambar dan secara tidak langsung akan membuatkan mata kita tertumpu kepada kawasan tengah gambar..

berikut merupakan contoh gambar yang saya edit menggunakan tetapan seperti di atas..

Gambar 1 : Sebelum
Gambar 1 : Selepas
Gambar 2 : Sebelum
Gambar 2 : Selepas

Tambahan:

sedikit cara untuk edit gambar menggunakan Snapseed.. maaf kerana video agak laggy.. kerana saya menggunakan recorder yang kurang baik..

Video 1

Video 2

Gambar 3 : Sebelum
Gambar 3 : Selepas



You Might Also Like

0 comments