GoPro: Masalah Hero4 Black Freeze

Khamis, Februari 26, 2015

oh ya.. betul.. banyak orang kena.. dari seluruh pelusuk dunia.. agaknya batch pertama kamera ini tak berapa elok..pada permulaan penggunaan, kamera ni tak ada masalah.. tapi bila lama2 mula dia hang / freeze.. macam mana yang dikatakan freeze tu, boleh tengok video ni..

jadi jika anda mempunyai masalah yang sama, anda boleh menghubungi pihak GoPro melalui laman web mereka dan kemudian akan berurusan melalui emel..  mula2 dia akan bagi solution melalui emel.. jika masih ada masalah, mereka akan mintak gambar resit, no. siri kamera dan gambar kamera tengah freeze, apa semua, saya siap bagi video di bawah ni skali.. tapi anda tak perlu buat begitu la.. dan mereka akan suruh kita bagi detail kita, alamat apa semua dan akan mintak kita hantar kepada mereka.. hantar ke Singapura.. ikut saja arahan mereka.. setle..

apa2 pun terima kasih kepada GoPro kerana menggantikan kamera saya dengan unit yang baru.. harap tiada lagi masalah ini berulang.. dan terima kasih sebab bagi bateri free.. sekarang boleh lah test feature baru dalam firmware update 2.0.. post seterusnya adalah berkenaan firmware update 2.0..



You Might Also Like

1 comments