GoPro Creative Tips

Assalamualaikum, apa khabar? Lama jugak tak buat perkongsian ilmiah ni. Ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan kali ini berkenaan bagaimana untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari kamera GoPro anda. Tips ini saya ambil dari lama sesawang GoPro juga, cuma saya ingin kongsikan disini sahaja.

Creative Tips

1. Pastikan Lens Sentiasa Bersih
Ini merupakan perkara paling remeh dan paling senang kita lupa. Sebelum mengambil gambar, pastikan anda lap lens atau housing GoPro terlebih dahulu kerana lens dan housing amat mudah melekat dengan cop jari, habuk, dan lain-lain. Untuk aktiviti air, anda boleh jilat lens pada housing dan tunggu ia kering sebelum masukkan ke dalam air, ini trik paling mudah la. Anda juga boleh menggunakan Rain-X yang boleh didapati dipasaran.

2. Pilih Pencahayaan Yang Baik
Menurut pendapat pihak GoPro, terdapat dua waktu pencahayaan terbaik iaitu awal pagi dan lewat tengahari. Kalau boleh. elakkan cuaca berawan yang menutupi langit. Ini akan membuatkan gambar menjadi kurang menyerlah.

3. Rakamkan Suatu Yang Mempunyai Cerita
Tips ini lebih merujuk kepada Video. Apabila memulakan sesuatu projek, fikirkan dahulu cerita yang hendak disampakan dan mempunyai permulaan cerita, pertengahan, kemuncak dan pengakhiran cerita. Ini akan membantu anda menjimatkan masa semasa proses suntingan (editing) nanti.

Contoh, mulakan dengan perkenalan diri dan cakap atau tunjukkan apa yang anda akan lakukan. Kemudian rakam aktiviti anda dalam sudut berbeza. Akhir sekali tunjukkan hasil. Satu lagi, rancang juga untuk moment yang tidak dijangka, biarkan kamera anda terus merakam, mana tahu jika ada moment yang tidak disangka berlaku dan ia menjadi moment yang baik.

4. Cuba Dengan Sudut Yang Berbeza
Sebelum mengambil setiap shot tidak kira samada gambar atau video, fikirkan terlebih dahulu bagaimana cara atau sudut yang baik untuk mengambilnya, gunakan mount yang bersesuaian. Fikirkan, adakah dengan mengambil dari sudut berkenaan, orang lain dapat faham apa yang anda ingin tunjuk dan sampaikan. Penggunaan aplikasi GoPro Apps seperti Capture (boleh didapati di GooglePlay dan AppStore) dan LCD skrin amatlah membantu anda untuk mendapatkan framing yang baik.

5. GoPro Mount
Terdapat banyak mount dari GoPro yang dapat membantu anda untuk mendapatkan shot yang menarik. Mount seperti Chesty dan Headstrap dapat memberikan shot Point Of View (POV) yang sangat menarik, 3-Way merupakan pole dari GoPro yang sangat versatile dan dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan. Kaji setiap mount, dan gunakan ia sebaik mungkin.

Advanced Tips

6. Shoot Timelapse Dengan Baik
Timelapse merupakan salah satu feature dari GoPro yang jarang digunakan, kerana ramai yang tidak tahu bagaimana untuk membuat penetapan yang baik. Berikut saya lampirkan jadual untuk penetapan Interval yang sesuai untuk jangka masa shooting yang hendak dilakukan.


7. Rakaman Video Baik
Tidak kira samada shot yang diambil itu dalam keadaan statik atau bergerak, penetapan yang baik untuk semua pengguna adalah 1080p-60fps. Penggunaan 60fps akan dapat memberikan kita kemudahan untuk membuat slow motion video jika output video kita pada 30fps. Dengan ini kita akan dapat membuat slow motion video dengan 50% speed iaitu 2x ganda perlahan.

Jika anda melakukan shooting secara handheld (pegang dengan tangan), pastikan anda menggunakan 3-Way, The Handler atau jaws Flex Clamp. Ia dapat membantu mengurangkan gegaran semasa memegang kamera.

8. Pemilihan Resolution
Pemilihan resolution amatlah penting. Ini kerana ia akan melibatkan banyak perkara lain seperti, adakah telefon/pc/laptop dapat main-balik nanti?, adakah cukup ruang storan memori untuk simpang file yang besar dan berat tu?, adakah ia akan ambil masa yang lama untuk edit dan upload ke laman sosial?

Untuk memudahkan anda main-balik pada telefon atau untuk terus muat-naik ke laman sosial, dicadangkan anda menggunakan resolution 720p. Jika anda pengguna yang lebih advance, mahukan kualiti yang lebih baik, atau hendak muat-naik untuk GoPro Award, anda hendaklah menggunakan resolution 4K, 2.7K atau 1080p.

Masih tak pasti yang mana satu? Pilih:
a) Kegunaan dalam telefon, upload medai sosial, guna: 1080p-30fps
b) Jika telefon tidak support, guna: 720p-30fps
c) Kegunaan pc/laptop: 1080p-60fps

Jika anda menggunakan telefon/pc/laptop yang mempunyai spesifikasi rendah, saya cadangkan anda convert video anda kepada resolution dan bitrate yang lebih rendah dari video yang anda rakam tersebut. Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan, contoh Format Factory.



9.  Pemilihan Frame Rate
Frame rate atau Frame Per Second (FPS) merujuk pada kelajuan video diambil, iaitu jumlah frame yang diambil dalam masa 1 saat. Semakin tinggi FPS semakin smooth dan lebih detail video kita. Pemilihan FPS juga bergantung pada beberapa seperti keadaan pencahayaan, jenis shot, atau samada kita hendak membuat slow motion atau tidak.

FPS tinggi (50fps, 60fps, 100fps, 120fps, 240fps)
- pencahayaan cerah, tengah panas, dam lain-lain
- rakaman aksi dan sukan
- untuk membuat slow motion

FPS rendah (24fps, 30fps)
- pencahayaan kurang, indoor, waktu senja, waktu malam
- cinematic look

10. Rakaman Audio Yang Baik
Jika anda tidak merakam aktiviti dalam air, sila gunakan Skeleton Backdoor atau The Frame. Ini akan membantu kamera anda merakam bunyi aktiviti dan persekitaran anda dengan lebih baik. Sertakan bersama audio tersebut semasa editing, ini akan  menjadikan video anda lebih menarik kerana penonton akan dapat merasakan situasi seperti dalam video tersebut.

Sekian saja tips untuk kali ini, harap dengan tips ini anda dapat meningkatkan kualiti gambar dan video yang anda ambil dengan menggunakan GoPro. Berikut saya sertakan link kepada tips yang penting dan advance yang boleh anda pelajari.

Terima kasih kerana sudi membaca. Diharap agar anda dapat belajar sesuatu yang baru dari post ini. Seperti biasa, ini sekadar perkongsian saya, cadangan saya, buah pikiran saya, dan saya juga ada salah. Ini adalah pendapat peribadi saya serta ilmu-ilmu saya saya pelajari. Apa-apa pun, saya sudi menerima feedback, komen, cadangan dan pandangan dari anda untuk sama-sama kita memperluaskan minda kita disamping meningkatkan ilmu yang ada.
Terima kasih.. Assalamualaikum..


Night Mode:
http://zufairi.blogspot.my/2014/12/gopro-photo-night-mode.html 
 

Slow Motion:  
http://zufairi.blogspot.com/2015/06/gopro-pengiraan-slow-motion.html


Light Painting / Long Exposure / Long Shutter:
http://zufairi.blogspot.com/2015/04/gopro-light-painting.html


Timelapse:
http://zufairi.blogspot.my/2015/03/pengiraan-durasi-video-timelapse.html


Edit Gambar Guna Snapseed:
http://zufairi.blogspot.com/2015/04/gopro-gambar-pudar-dan-kurang-contrast.html 

 

Ulasan