GoPro: GoPro Color vs Flat Color

GoPro menyediakan dua penetapan pilihan warna pada video yang dirakam iaitu, GoPro Color dan Flat Color. GoPro Color ialah warna standard yang akan anda dapat terus dari kamera, ada saturation, contrast dan warna yang baik yang telah ditetapkan oleh GoPro. Flat Color pula merupakan warna yang lebih neutral dan warna akan pudar. Flat Color hanya perlu digunakan jika anda mempunyai pengalaman dalam color correcting atau jika anda ingin menggabungkan video dari GoPro dengan video dari kemere lain semasa proses editing. Salah satu kelebihan menggunakan Flat Color ini adalah ia dapat menyimpan lebih banyak data dalam kawasan highlight pada video dan juga mencerahkan bahagian shadow..

Saya secara peribadi, menggunakan Flat Color, ini kerana saya minat dan suka untuk membuat color adjustment pada video. Saya lebih suka video saya kelihatan ala-ala cinematic gitu, hahaha. jadi saya selalu menggunakan Flat Color dan saya akan buat color grading dengan menggunakan FilmConvert atau Lumetri (LUT).. Color grading ni lebih kurang macam ni la, seperti kita letak filter pada gambar di Instagram, ia menjadikan warna gambar kelihatan lain, saya bukan tahu sangat pun, saja belajar sikit-sikit guna. FilmConvert atau Lumetri (LUT) merupakan plugin yang samada  tersedia atau boleh ditambah didalam perisian editing seperti Adobe Premiere Pro, Sony Vegas Pro dan lain-lain. 

Berikut merupakan perbezaan dari snapshot video:
Resolution: 2.7K
FPS: 24
White Balance: 5500K
Manual Exposure: Auto
ISO Limit: 400
Sharpness: Low  

GoPro Color
Flat Color
Ini selepas saya menggunakan LUT pada video:

Fuji REALA 500D Kodak 2393 (by Adobe)
Cuckfield
Leicester
Berikut merupakan setting yang saya gunakan dalam perisian Adobe Premiere Pro CC 2015:


Contoh penggunaan FilmConvert dalam video saya:

 

 

Contoh penggunaan LUT dalam video saya:



Ulasan