Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

GoPro: Star Trail

Imej
Assalamualaikum.. akhirnya, buat jugak star trail.. sebenarnya lama dah nak buat.. cuma tak berkesempatan saja nak buat.. bukan apa, bila rajin nak buat, mula mai langit penuh awan, bila malas buat mai pulak langit cerah siap bintang bersinar di angkasa.. ha.. kali ni dapat langit cerah bersama bintang bersinar di angkasa.. tapi saya cuma buat sekejap saja la ye.. 
seperti yang anda dapat lihat dalam gambar, saya akan menceritakan bagaimana nak buat jadi macam tu.. tapi, saya tak akan breakdown detail la.. saya bagi cara-cara secara mudah sahaja.. ringkas dan mudah paham.. apa nak cari, apa nak download, tu suma usaha sendiri.. sia-sia ada internet kalau tak reti guna.. ok jom.. Bagaimana nak ambil gambar macam ni? ni soalan feveret semua orang yang bertanya.. pertama sekali, apa yang anda perlu tahu, nak dapat macam ni, kena edit.. apa yang nak edit..?? mula-mula sekali, kita kena merge banyak gambar jadi satu, kemudian edit bagi warna gambar dan bintang kelihatan lebih jelas.. Shoot

GoPro: Ride To Work Timelapse

Imej
Assalamualaikum.. untuk post kali ni, saya sekadar nak berkongsi penggunaan GoPro Sportsman mount.. nak tau lebih lanjut tentang mount ni, sila layari laman sesawang GoPro.com..
sudah lama saya memilikinya, dari tahun lepas lagi.. tapi baru sekarang nak guna.. sebenarnya, lama dah nak guna, tapi dah simpan dalam toolbox, memang tak ingat la..
maka hari ini saya pun guna la dia.. saja-saja la guna.. buat timelapse dengan mount pada motosikal.. hasil timelapse tu, boleh tengok video diatas la.. untuk video ni, saya rakam dengan menggunakan HERO3+ Black Edition dengan penetapan sela-masa (interval) pada 1sec..
seperti yang anda boleh lihat dalam gambar, saya tidak menggunakan backdoor mount yang datang bersama Sportsman mount ini.. saya menggunakan pivot arm kerana untuk menyesuaikan dengan posisi view yang saya mahukan..
berikut merupakan gambar bagaimana saya mount pada motosikal.. dan sudah semestinya saya letak tali la, takut jatuh.. tapi, sportsman mount memang genggam dengan baik…

GoPro Bukan Sekadar Selfie, Apa Lagi Boleh Buat?

Imej
Assalamualaikum..
:: GoPro Bukan Sekadar Selfie :: tu dia.. tajuk bukan main besar untuk post kali ni.. tapi rasanya post ni tak panjang macam post review saya mengenai Pengujian dan Ulasan Hero4 vs Hero3.. ok lah.. post kali ni nak membebel sikit la pasal benda ni.. kecoh sangat dekat group facebook GoPro Malaysia pasal banyak sangat post gambar ber-selfie saja.. sebelum itu, ingin saya tegaskan bahawa saya tidak berada dimana-mana pihak.. saya sekadar berkongsi pendapat saja.. dan niat saya membebel untuk post kali ini adalah untuk menyuarakan pendapat berkenaan tajuk besar ini iaitu, GoPro Bukan Sekadar Selfie..
macam ni la.. ya betul, semua orang kata GoPro ni kamera aksi (action camera).. tapi kan.. GoPro sendiri pun claim bahawa ia adalah versatile camera, dulu siap tagline dia "The World's Most Versatile Camera".. jadi maknanya, GoPro ni bukan sekadar kamera aksi sahaja.. tapi pelbagai guna.. nak buat apa pun, terpulang pada tuan empunya..
isu ni mula naik turun la…