Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

GoPro: Steel Wool Photography

Imej
ok, kali ni nak cerita sikit macam mana nak buat steel wool photography ni.. seperti yang anda tahu, saya bukanlah photographer pun, suka-suka main GoPro saja la.. so ni saja la nak kongsi apa yang saya hasil dan cara yang saya buat.. jadi benda ni secara asasnya adalah long exposure photography la jugak, cuma guna benda apa saya nak menghasilkan cahaya dalam gambar tu, sama juga macam light painting, boleh rujuk post ini pasal saya buat light painting dulu.. GoPro: Light Painting ok, sekarang citer pasal steel wool.. steel wool ni kata orang, guna hat duk gosok periuk.. jadi, mana nak dapatkan benda ni? ia boleh didapati di kedai runcit, saya beli dengan harga rm1.60 dan mungkin ditempat anda lebih murah.. apa yang kita buat dengan benda ni? kita bako...!!! ya betul.. kita kena bakar dia.. jadi untuk keselamatan dan kawalan yang baik, kita buat la sesuatu untuk pegang dia tu.. jadi apa yang saya tengok dan tanya kawan saya, mereka banyak mencadangkan menggunakan pemukul telur

GoPro: Ramadhan With Homeless

Imej
12 Julai 2015 - Georgetown : Alhamdulillah, program Ramadhan With Homeless yang telah diatur dan dilaksanakan oleh GPM Penang bersama GoPro Malaysia telah berjalan dengan lancar dan baik awal pagi tadi. Seawal jam 1 pagi kami telah berkumpul di KOMTAR dan mula mengedarkan bungkusan makanan kepada gelandangan yang berada disana dan seterusnya dikawasan Masjid Kapitan Keling dan Padang Kota. Pemberian makanan adalah hasil kutipan sumbangan dari pelbagai pihak. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan dari segi kewangan dan tenaga kerja. Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan lagi dimasa akan datang.

GPM Penang : TTS - 30 Jun 2015

Imej
TTS GPM Penang Tarikh : 30 Jun 2015 Masa : 10 malam - 2 pagi Lokasi: De Pauh Garden, Permatang Pauh Intisari : Sesi Perkenalan, Perbincangan, Perkongsian Ilmu, Main Bunga Api (Hahaha..)